Menjelang detik penting dalam hidup seperti hari akad nikah dan persandingan, sudah pastinya setiap orang menjadi sangat teruja kan? Gara-gara cuma dipakai sekali seumur hidup, pasti ramai tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan busana persalinan pengantin yang lengkap dengan rekaan cantik dalam album foto perkahwinan. Namun ada kalanya kesilapan tak terjangka boleh berlaku di sebalik keterujaan masing-masing.
BACA:Â [VIDEO] Budak Dirakam Selamba Lari Tebing Apartmen, Tersilap Langkah Bawa Padah
Dilarang gantung baju pengantin di sistem fire sprinkler
Menerusi satu perkongsian yang pernah dibuat sebelum ini, saudari Azreen Omar menasihati orang ramai agar jangan sesekali cuba untuk menggantungkan persalinan pengantin di sistem perenjis air (fire sprinkler) yang biasanya terdapat di bangunan hotel. Amalan seperti ini biasanya dilakukan oleh sesetengah masyarakat untuk dirakam sebagai foto atau video kenangan.
Bila pecah air terus keluar…kena bayar kos ganti rugi
Ujar wanita berkenaan, alat tersebut boleh terus memancutkan air jika bahagian sensitifnya rosak akibat daripada tindakan tersebut. Selain gaun pengantin basah kuyup, pihak hotel juga boleh menanggung kerugian dalam skala yang agak besar kerana sistem berkenaan biasanya dipasang di seluruh bangunan. Sambil berkongsi beberapa kisah lampau berkaitan insiden itu, Azreen mendedahkan bahawa ada pengantin yang pernah terpaksa menanggung kerugian mencecah nilai ribuan ringgit gara-gara masalah tersebut.
Cari tempat lain…lantaklah orang nak cakap apa
Demi mengelakkan ‘tragedi’ seperti itu berlaku, dia menasihati bakal pengantin dan masyarakat secara amnya agar mengambil iktibar daripada situasi yang pernah dilaluinya. Malah, terdapat bermacam cara lagi boleh dilakukan untuk menghasilkan gambar yang cantik dan kreatif sebagai memori raja sehari.
Sumber: FB Azreen Omar