Keibubapaan Viral

[VIDEO] Budak Dirakam Selamba Lari Tebing Apartmen, Tersilap Langkah Bawa Padah

[VIDEO] Budak Dirakam Selamba Lari Tebing Apartmen, Tersilap Langkah Bawa Padah

Sharing is caring!

Meskipun sesebuah rumah itu dikatakan selamat untuk dihuni oleh golongan dewasa, namun tidak semestinya ia juga selamat kepada bayi atau kanak-kanak. Hakikatnya, sebarang tragedi yang tidak diingini boleh berlaku disebabkan faktor kecuaian. Oleh sebab itu, ibu bapa mahupun pihak pengasuh perlu mengetahui kaedah dan cara bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin pada setiap masa.

BACA: Tersembam Lepas Pijak Selimut, Budak Tergigit Lidah Sendiri Sampai Terbelah 2


Budak dirakam lari atas tebing apartmen

Sekitar minggu lepas, seantero dunia telah dikejutkan dengan rakaman berdurasi 17 saat yang memperlihatkan gelagat seorang kanak-kanak berlari di tebing pangsapuri rumahnya. Meskipun tidak diketahui punca dia sanggup melakukannya, tetapi budak perempuan berbaju kuning tersebut dilihat seperti tidak menghiraukan langsung soal keselamatan ketika melewati kawasan berisiko itu menuju ke bahagian dapur apartmen.

Rakaman ini sangat menakutkan untuk ditonton. Saya akan selalu tempah bilik di aras lantai (G) bila bercuti sekali dengan anak-anak. Ini adalah antara sebabnya..

Siap masuk semula ikut tingkap…mujur selamat¬†

Tak cukup dengan itu, si cilik terbabit malah dilihat sekali lagi melalui kawasan setinggi 4 tingkat itu sebelum masuk ke rumahnya menerusi sebuah tingkap. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Pulau Tenerife, Sepanyol itu nyata telah mengejutkan ramai pihak sekali gus aspek tanggungjawab ibu bapa kanak-kanak berkenaan dipertikai hebat. Dalam pada itu, beberapa saksi kejadian cemas tersebut meluahkan rasa lega kerana tiada sebarang insiden berlaku terhadapnya.


Nasib baik angin tak bertiup kencang waktu tersebut. Kalau tidak, mesti boleh jadi apa-apa terhadap budak kecil tu..

[VIDEO] Budak Dirakam Selamba Lari Tebing Apartmen, Tersilap Langkah Bawa Padah

Sumber: Twitter JeremyDixonDJ & LadBible


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Budak Dirakam Selamba Lari Tebing Apartmen, Tersilap Langkah Bawa Padah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram