Sebut sahaja soal kahwin, semua orang pastinya teruja terutama sekali mereka yang telah menjalinkan hubungan cinta untuk tempoh yang lama. Bagi wanita, mereka kalau boleh mahu dirikan rumah tangga secepat mungkin jika sudah menemui calon lelaki yang tepat. Namun lain pula bagi sesetengah lelaki kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, malah ajakan itu saja pun boleh menjadi igauan buruk sekiranya mereka belum bersedia.Â
BACA:Â Anak Pelik Lihat Ayah Bersanding Dengan Wanita, Rupanya Ada Plot Twist
Dalam hal ini, lelaki sebenarnya bukanlah menolak atau bersikap acuh tak acuh dalam hubungan tetapi mereka dihalang oleh beberapa faktor. Berikut adalah sembilan faktor yang menyebabkan lelaki kahwin lewat.Â
Kedudukan ekonomi
Kata orang, nak berumah tangga perlu wang dan ekonomi yang stabil. Tambahan pula, zaman sekarang ini nilai hantaran sudah semakin tinggi dan tak kurangnya juga yang demand agar mengikut tahap pendidikan seseorang wanita.Â
Rasa diri belum bersedia
Meskipun sudah ada kewangan yang agak stabil, tetapi jika diri sendiri yang rasa belum cukup bersedia untuk berkahwin maka hasrat ini tampak mustahil.Â
Susah buat pilihan kalau ada ramai calon
Tidak mustahil jika seseorang lelaki itu mengambil masa yang lama untuk berumah tangga kerana dia mempunyai ramai pilihan. Nak tentukan mana yang paling sesuai dan ‘ngam’ dengan jiwa juga antara faktor mereka lewat berkahwin.Â
Sambung belajar
Bagi mereka yang mahu fokus untuk pelajaran ke peringkat tinggi seperti Master dan PhD, mereka memang akan menunda dulu hasrat untuk berkahwin. Mana tidaknya, lagi lambat ada pekerjaan tetap, maka lagi susahlah nak kumpul duit.
Nak cari yang benar-benar baik
Kata orang, penantian itu sesuatu nyang menyeksakan. Namun, lelaki biasanya akan benar-benar teliti dalam mencari wanita terbaik sebagai teman seumur hidup.Â
Terlalu memilih
Dalam dunia ini, ada lelaki yang cerewet dalam bab menentukan bakal isteri. Bagi golongan seperti ini, mereka biasanya akan melakukan tapisan demi tapisan sebelum memilih seseorang wanita sebagai partner mereka.
Masih menanggung keluarga
Lelaki ini tanggungjawabnya besar apalagi jika dia merupakan anak sulung atau satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah tentulah bebanan keluarga terletak di bahunya.Â
Belum puas enjoy
Bagi sesetengah lelaki, mereka belum bersedia untuk melepaskan zaman keemasan yakni zaman bujang. Jika sudah berkahwin, maka dia berkemungkinan melupakan segala keinginan untuk berseronok.Â
Belum Move On
Bertabahlah untuk lelaki seperti ini. Mungkin cinta lama membuatkan dia serik untuk bercinta atau dia belum menjumpai pengganti yang sesuai.Â
Sumber: Pesona Pengantin