Utama Artis Positif Bahan Terlarang, Status Mamat Di Konsert Reunion Exist Jadi Persoalan!

Positif Bahan Terlarang, Status Mamat Di Konsert Reunion Exist Jadi Persoalan!

Dah lama kita tidak melihat persembahan berskala besar daripada kumpulan yang begitu popular pada zaman 90-an ini. Buat peminat muzik tanah air, Exist bakal mengadakan konsert reunion pada 28 September ini di Stadium Malawati. Namun, ada berita yang tidak sedap didengar apabila salah seorang penyanyi daripada kumpulan itu ditahan baru-baru ini akibat memiliki bahan terlarang. Perkara itu ternyata sekali gus mempengaruhi tentang status terkini konsert berikut. 

BACA: Isu Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat

Memetik laporan daripada Astro Awani, bekas penyanyi kumpulan Exist atau nama penuhnya Mohd Ali Bin Kamarudin telah ditahan bersama seorang rakan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bersama seorang rakan di Taman Perling, Johor Bahru. 




Positif bahan terlarang

Selepas diperiksa, pihak p0lis telah menjumpai sepeket serbuk putih dipercayai bahan terlarang seberat kira-kira 0.42 gram dalam poket seluar penyanyi terbabit. Dengan sebab itu, Mamat bersama seorang lagi rakan telah dibawa ke Pejabat P0lis Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut. Ujian air kencing terhadap penyanyi lagu ‘Salju Di Danau Rindu’ itu turut mendapati dia bersama rakannya itu positif bahan terlarang berkenaan. 

Kredit foto mstar

Bagaimana pula dengan konsert? 

Disebabkan penangkapan itu, rata-rata peminat kumpulan Exist mula bertanyakan tentang status penyanyi berumur 41 tahun dan konsert yang bakal diadakan. Menjawab persoalan tersebut, jurucakap Shiraz Projects memberitahu bahawa terlalu awal untuk membuat sebarang andaian. Cuma buat masa ini, konsert itu difahamkan tidak akan batal dan akan berlangsung seperti biasa. 

Sumber: mStar & Astro Awani




Artikel Popular