Utama Viral Anak Pelik Lihat Ayah Bersanding Dengan Wanita 'Lain', Rupanya Ada 'Plot Twist'

Anak Pelik Lihat Ayah Bersanding Dengan Wanita ‘Lain’, Rupanya Ada ‘Plot Twist’

Hati anak mana yang tak ‘cuak’ lihat ayahnya bersanding dengan wanita lain. Lagi-lagi kalau anak itu masih lagi kecil dan belum cukup matang untuk berfikir. Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang bapa ini yang menggunakan akaun Twitter @aizadfahmy apabila anaknya pelik secara tiba-tiba gara-gara sekeping foto dia bersama seorang wanita. Menariknya, terdapat ‘plot twist‘ daripada foto tersebut yang menimbulkan kelucuan.  

BACA: 591 Hari Sudah, Tapi Anak Masih Gigih Bawa Potret Ibu Teman Daki Gunung

Anak saya tengok gambar ni dan tanya isteri: “Mak, abah duduk dengan siapa tu mak?”.. Anak, satu hari nanti kau akan faham jangan tanya soalan yang salah pada seorang wanita.




Walau bagaimanapun, ayahnya yang bernama Mohd Aizad Fahmy, 34 ketika dihubungi mendedahkan foto tersebut sebenarnya adalah foto dia bersama isteri sewaktu zaman pertunangan pada tahun 2012. 

Saya gelak besar dengar anak saya tanya macam tu. Saya tak pernah pun terfikir muka isteri saya berbeza. Bagi saya isteri saya tetap cantik dari mula saya kenal sampai sekarang.

Aizad memberitahu dia terkejut sejurus isterinya menceritakan perkara tersebut. Tambahan lagi, dia juga tidak pasti apa yang membuatkan anaknya itu tidak mengenali wajah isterinya sedangkan dia masih lagi cantik sehingga kini. 

Tak percaya

Dalam masa yang sama, isterinya ada menerangkan siapa orang di dalam foto berkenaan. Namun entah bagaimana, perkara itu masih tidak meyakinkan kerana anaknya masih tidak percaya yang itu ibu dia sendiri. 




Itu bukan kejadian kali pertama. Sebelum ini anak perempuan saya kata kat isteri saya yang dia ada jumpa mak baru. Balik rumah saya pulak kena marah dengan isteri saya, padahal anak main mak-mak kat rumah pengasuh tu.

Tambah melucukan, itu bukanlah kali pertama ayah ini berhadapan dengan situasi tersebut. Ayah kepada tiga orang anak ini pernah dimarahi isterinya gara-gara anaknya berseloroh mengatakan dia dah dapat ibu baru. 

Posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya berasa lucu membaca kisah ringkas tersebut dan turut berkongsi gelagat anak masing-masing. Keseluruhannya, thread tersebut telah mendapat lebih 4 ribu retweets dan 4 ribu likes setakat ini. 

Sumber: Twitter Aizad Fahmy




Artikel Popular