Semua orang sedia maklum durian merupakan ‘King Of Fruits’ dan sentiasa menjadi kegilaan masyarakat setiap kali musimnya tiba. Namun, jangan terkejut jika ada juga yang anti-durian dan paling pantang kalau terbau apatah lagi diajak makan bersama, ‘confirm’ tolak sebab bagi mereka, buah ini busuk dan tidaklah sesedap mana. Hari ini tular video Azad Jasmin, aktor dan penyampai radio ERA yang terkenal sebagai anti-durian akhirnya berjaya dipeng*ruhi oleh rakan-rakan sekerjanya untuk mencuba buah itu buat kali pertama dalam sejarah.
BACA : [VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum
Melalui video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok ERA, kelihatan Azad Jasmin, Nabil Ahmad dan Radin bersama krew 3 Pagi Era yang lain sedang bersantai di luar pejabat. Mereka kemudian dihidangkan sekotak gabus putih berisi penuh dengan durian yang telah siap dipek. Azad seperti tidak keruan apabila dihulurkan pek durian tersebut namun, dia mengambil seulas sebelum disuruh duduk oleh Nabil.
@era.je Apa ni Mamu tak makan durian, memalukan geng Mamu lah @azadsyaziraroses ni. 😂 Ni first time @azadsyaziraroses makan durian selama 46 tahun dia hidup ni. #sharERA #3PAGIERA #fyp
Masing-masing meminta Azad untuk makan terlebih dahulu untuk melihat reaksinya yang sudah mulai mengesat peluh dingin seakan-akan gementar.
“Macam nak makan racun dia punya s*ksanya..Benda sedap, sedap. Bismillah” ujar Nabil
Azad pada asalnya teragak-agak untuk merasai durian tersebut sehingga Radin terpaksa memintanya untuk tidak menghidu bau buah itu supaya dapat mengurangkan rasa loya. Suapan pertamanya menyebabkan dia tertunduk menahan rasa sebelum berani makan untuk kali kedua. Tiada kata-kata yang dikeluarkan oleh Azad selain hanya menggangguk-angguk seperti mengiyakan kesedapan sebenar raja buah.
Reaksi Eira Syaziera yang merupakan aktres dan juga isteri kepada Azad bagaimanapun berasa dikhianati melihat suaminya itu memakan durian. Dia mengakui terkejut kerana Azad tidak pernah menyentuh buah itu sepanjang hidupnya malah selalu memarahinya apabila dia membawa pulang durian ke rumah ataupun ketika dia memasak pulut durian.
@era.je Hahaha, @azadsyaziraroses kena sound dengan orang rumah dia guys. @eirasyaziraofficial cerita kalau dekat rumah bila Eira buat pulut durian, memang dia tak sentuh langsung. Ni tadi kat ofis sampai 4 ulas dia makan. 😂😂 #sharERA #fyp
Video reaksinya dimuatnaik oleh ERA sejurus rakaman Azad tular, Eira Syazira mengatakan dia tidak berpuas hati kerana dia merupakan hantu durian namun Azad yang tidak meminati buah itu dan sering kali menghalangnya dengan alasan tidak mahu rumah berbau durian. Yang paling aktres tersebut tidak puas hati adalah apabila ERA berjaya memujuk Azad untuk makan durian dan reaksi Azad tidaklah seperti geli akan buah itu malah, baginya Azad kelihatan menikm*ti buah itu sehingga habis.
Yang paling menghiburkan apabila Azad pulang ke rumah, Eira tidak melepaskan peluang untuk menemubual suaminya berkenaan durian yang telah dimakan. Bila ditanya bagaimana dengan rasa durian itu, Azad mengakui kesedapannya selain berkongsi antara jenis durian yang dimakan adalah ‘Musang King’ dan ‘IOI’. Azad juga memberi keizinan kepada Eira untuk membeli durian selepas ini menyebabkan aktres itu akhirnya menarik nafas lega.
“Ah tipulah ERA, I makan seulas je. Ah, I kena santau.”
Eira sempat mengusik suaminya apabila ERA memaklumkan bahawa Azad makan 4 ulas walaupun dinafikannya. Tidak ketinggalan, komen netizen yang terhibur melihat keajaiban itu selain berkongsi pengalaman masing-masing.
Kredit : Sumber Tiktok ERA, Instagram Eira Syaziera