Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar

30th September 2020
in Berita Semasa
Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi seseorang yang mempunyai masalah jantung yang agak serius, kejutan kecil pun sudah memadai untuk membuatkannya berasa perit. Inikan pula apabila terpaksa berhadapan dengan binatang buas. Begitulah yang terjadi kepada seorang warga emas di Dengkil, Selangor baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Acah Isi Minyak Motor Di Sebelah, Warga Emas Panik Beg Diragut 2 Lelaki

Ditemui tidak bernyawa di simpang empat jalan, rupanya cuba lepaskan diri daripada dikejar anjing liar

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita berusia 65 tahun telah ditemui terbaring serta tidak bernyawa di simpang empat antara jalan masuk ke Kampung Baru Dengkil dan Taman Baiduri Dengkil. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, warga emas yang juga bekerja sebagai tukang cuci terbabit rupanya telah cuba melepaskan diri daripada dikejar oleh beberapa ekor anjing liar di kawasan berkenaan sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar

Dengar bunyi salakan anjing kuat sebelum wanita itu jatuh, forensik sahkan ajal kerana masalah jantung

Menerusi saksi pula, bunyi salakan anjing kuat kedengaran dan wanita berkenaan dilihat berjalan dengan perlahan menghala Taman Baiduri Dengkil sebelum terjatuh. Susulan itu, pihak ambulans telah dihubungi dan warga emas terbabit telah pun disahkan tidak bernyawa di tempat kejadian. Hasil laporan pihak forensik, punca tukang cuci tersebut gagal diselamatkan adalah kerana masalah jantung.

Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar

Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar

Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar

Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar

Sumber: FB Harian Metro

Tags: anjingjalanjantungwanitawarga emas
Next Post
Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar

[VIDEO] Tersasul Sebut Nama, Lawak Habis Tengok Sissy Imann Layan Ragam Peminat

Baju Kurung Moden Floral Cantik & Selesa
Baju Melayu Slim Fit Premium untuk Raya

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)