Artis Viral

[VIDEO] Gedik Lain Macam Bila Ada 13 Hero Remaja, Hosting Elly Mazlein Dipuji

[VIDEO] Gedik Lain Macam Bila Ada 13 Hero Remaja, Hosting Elly Mazlein Dipuji

Sharing is caring!

Jika minggu lalu Jihan Muse menjadi pengacara jemputan, semalam MeleTOP telah memilih Elly Mazlein untuk bergandingan bersama Nabil Ahmad. Seperti diketahui ramai, personaliti ‘gila-gila’ serta kegedikan yang dimiliki oleh isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh ini menjadi kekuatannya sepanjang bergiat aktif dalam industri hiburan. Bahkan pada tayangan semalam, cara dia mengendalikan rancangan tersebut mula menjadi bualan ramai.

BACA : [VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

Tak senang duduk dikelilingi Hero Remaja

Bersempena dengan program ‘Hero Remaja’ edisi 2020, semua peserta juga telah diundang ke MeleTOP. Kemunculan mereka semua ternyata memberikan keterujaan bukan sahaja kepada penonton malahan buat Elly Mazlein juga. Lebih lucu lagi, pengacara wanita itu sempat memuji ketampanan yang dimiliki oleh 13 pemuda tersebut selain menunjukkan gaya gedik-gedik manjanya.

View this post on Instagram

Tak senang duduk Kak Lina bila dikelilingi Hero Remaja ni 😅 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Sahut cabaran buat TikTok viral

Selepas sempat berbual pendek mengenai harapan apabila menyertai rancangan realiti itu, mereka semua membuat sebuah video TikTok viral. Sambil dirakam oleh Elly Mazlein menerusi lagu ‘Suling Sakti Spongebob’, Nabil Ahmad bersama semua Hero Remaja memulakan tarian mengelilingi pentas kecil itu. Semua peserta kelihatan kekok apalagi malu meskipun disaksikan oleh ramai penonton secara live.

Nabil pun tak dapat catch up energy Kak Lina

Meskipun kelihatan ‘gila-gila’ dan sedikit gedik, namun kemunculan Elly Mazlein sudah pasti menyerikan lagi tayangan kali ini. Tambahan pula, kebanyakan netizen begitu memuji gaya pengacaraan yang ditunjukkan selain berharap MeleTOP boleh menjadikan Kak Lina Pom Pom sebagai host tetap.

[VIDEO] Gedik Lain Macam Bila Ada 13 Hero Remaja, Hosting Elly Mazlein Dipuji

[VIDEO] Gedik Lain Macam Bila Ada 13 Hero Remaja, Hosting Elly Mazlein Dipuji

[VIDEO] Gedik Lain Macam Bila Ada 13 Hero Remaja, Hosting Elly Mazlein Dipuji

Sumber : Youtube MeleTOP dan Instagram MeleTOP

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Gedik Lain Macam Bila Ada 13 Hero Remaja, Hosting Elly Mazlein Dipuji

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram