Artis Hiburan

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

Sharing is caring!

Walaupun telah beberapa hari berlalu, tetapi aura pengantin baru antara Elly Mazlein dan suami tercinta iaitu Cikgu Azlan masih lagi menjadi tumpuan ramai di media sosial. Selain merupakan perkahwinan kedua pelakon drama ‘Kampung People’ tersebut setelah sekian lama bergelar ibu tunggal, hal ini juga berkemungkinan kerana dia telah menyembunyikan identiti pemuda kacak itu setahun lebih dan hanya diraikan dalam majlis hujung minggu lepas.

BACA: Jodoh Tak Pernah Salah Alamat, Suami ‘Bocorkan’ Bibit Cinta Dengan Elly Mazlein

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

Tangan Lina Pom Pom & Papa Awan Nano tak lepas sepanjang MeleTOP

Terbaru, mempelai merpati dua sejoli ini telah diundang ke program temu bual sensasi MeleTOP. Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan pengacara jemputan Nora Danish, suami isteri yang mendapat nama gelaran ‘Kak Lina Pom Pom & Papa Awan Nano’ ini mendedahkan perbezaan hidup masing-masing sebelum dan selepas majlis wedding of the year tempoh hari. Menariknya, kedua-dua mereka juga saling berpegangan tangan sepanjang rancangan live tersebut.

View this post on Instagram

Alaaa sweetnya pengantin baru ni @iamellymazlein 😍 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

“Papa elok sangat…macam Nabil takpe, tak berapa elok” (minit 3:33)

Sewaktu disoal mengapa tidak pernah mendedahkan bakal suaminya sebelum ini, Elly Mazlein berseloroh bahawa penampilan Azlan terlalu kacak. Namun sebetulnya adalah dia memahami latar belakang kerjaya jejaka berusia 30 tahun berkenaan yang jauh berbeza dengan kehidupannya selaku seorang selebriti. Tak cukup dengan itu, studio MeleTOP turut riuh dengan gelak tawa apabila Elly Mazlein sempat mengusik Nabil Ahmad serta Azmi Caliph Buskers.

Penat gelak tengok Kak Lina…suami pula muka & perangai elok je

Susulan kemeriahan dalam segmen itu, netizen meluahkan rasa terhibur tatkala menyaksikan gelagat pengantin baru berkenaan. Di samping memberikan ucapan sempena tarikh ijab kabul pada Sabtu lepas, rata-rata mereka juga berpendapat bahawa Elly Mazlein sesuai untuk digandingkan bersama Nabil Ahmad dalam rancangan MeleTOP selepas ini.

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

Sumber: YouTube MeleTOP & IG meletop

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Tangan Suami Tak Lepas, Elly Mazlein Seronok Kongsi Hidup Pasca Kahwin

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram