Keibubapaan Viral

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Sharing is caring!

Tindakan ibu kepada seorang murid yang tergamak memaksa serta merakam seorang ustazah merangkak di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran baru-baru ini sangat menyedihkan. Sambil mengelilingi bilik darjah sebanyak beberapa kali, gelagat berkenaan turut diperhatikan oleh beberapa murid lain yang berada di dalam kelas.. Namun sekitar petang semalam, kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Bagan Datuk, Perak tersebut didakwa telah selesai apabila wanita tersebut tampil berjumpa dan memohon maaf terhadap guru terbabit.

BACA: Penangan Viral Video Merangkak, Ibu Murid Tampil Jumpa Ustazah & Mohon Maaf

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Semudah itu? Lepas mengaibkan ustazah secara terbuka

Walau bagaimanapun, cara penyelesaian itu tidak dipersetujui oleh rata-rata pengguna laman sosial termasuklah guru yang sentiasa lantang bersuara di Facebook iaitu Mohd Fadli Salleh. Isu video viral tersebut katanya bukan sahaja telah mencalar imej ustazah tersebut, bahkan telah mengaibkan maruahnya. Malah dia juga berpendapat bahawa perjumpaan antara kedua-dua belah pihak mungkin tidak akan berlaku sekiranya mendapat perhatian dari seluruh negara.

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik


Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Ramai pihak tawar sokongan…termasuk kos guaman

Atas alasan itu, Fadli beranggapan bahawa pihak yang menularkan rakaman video berdurasi 2 minit 17 saat itu perlu dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya. Dia turut menyatakan bahawa terdapat ramai pihak di luar sana sudi menyalurkan sumbangan bagi membantu ustazah tersebut untuk membersihkan kembali namanya. Malah para peguam juga sudi menawarkan bantuan secara percuma semata-mata membawa isu ini ke muka pengadilan.

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik


Jangan selesaikan dengan ungkapan maaf…ia adalah maruah

Di hujung coretannya, lelaki berusia 37 tahun itu terus-menerus menyatakan tanda sokongan terhadap pendidik wanita yang teraniaya berkenaan memandangkan isu ini sangat besar impaknya. Dalam pada itu, Fadli juga berharap agar isu sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Permohonan Maaf Saja Tak Cukup, Ustazah Disaran Tegakkan Maruah Pendidik

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram