Menghalalkan wanita yang dicintai merupakan bukti kemuncak seseorang itu sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Saat paling mendebarkan adalah ketika melafaz akad di hadapan tok kadi atau wali. Malah ada juga yang gagal menahan sebak hingga menitiskan ‘air mata jantan’.
BACA : Mengejutkan, Keluarga Pengantin Wanita Terkorban Akibat Kluster Kenduri Kahwin
“Macam tak percaya, aku menangis…” pengantin lelaki teresak-esak masa akad nikah
Menerusi aplikasi Tiktok, Muhammad Faiez berkongsi sebuah video yang memaparkan detik paling bermakna iaitu hari pernikahan bersama isteri tercinta iaitu Nik Ain Suraya. Sambil melafazkan akad, pemuda tersebut dilihat tidak dapat menahan rasa sebak sambil diperhatikan oleh tetamu lain yang hadir ke majlis tersebut. Pun begitu, cuma dengan sekali lafaz mereka berdua telah sah bergelar suami isteri.
@r4ngggga Cant believe i cries 🥺😠#loveofmylife
8 tahun persahabatan…akhirnya ke jinjang pelamin
Rupa-rupanya, Muhammad Faiez dan Nik Ain Suraya sudah berkenalan sejak 8 tahun yang lalu ketika masing-masing menuntut di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Mereka berdua memutuskan untuk bernikah pada 16 Mac 2020 ketika usia masing-masing baru saja 22 tahun. Siapa sangka berkat persahabatan dalam jangka masa yang lama itu akhirnya telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan pula.
@r4ngggga 8 years of friendship 🔥#glowupchallenge #shouldbeme #fyp
Susah nak tengok pengantin lelaki mengalirkan air mata…indahnya saat ingin menghalalkan
Selain sebak dengan reaksi pengantin lelaki, rata-rata netizen membanjiri ruangkan komen video berkenaan dengan ucapan tahniah. Selain itu, mereka turut mendoakan kebahagiaan kedua-dua mempelai.
Sumber : Tiktok @r4ngggga
Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura
Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.
![Kisah Dunia [VIDEO] 8 Tahun Perkenalan, Pengantin Lelaki Sebak Halalkan Kawan Baik Sendiri](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2020/06/erinsakura.com-f684de1403acaf4a56f6d688703eb6e8.jpg)