Viral Berita Semasa

Mengejutkan, Keluarga Pengantin Wanita Terkorban Akibat Kluster Kenduri Kahwin

Mengejutkan, Keluarga Pengantin Wanita Terkorban Akibat Kluster Kenduri Kahwin
Rasaflix

Sharing is caring!

Setiap pengantin pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang paling memorable kerana ia hanya akan berlaku sekali sahaja seumur hidup. Walau bagaimanapun, semua majlis ketika penularan COVID-19 ini perlulah memperketatkan segala standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, bimbang berlaku pula kluster baru yang melibatkan penganjur atau tetamu dalam skala yang besar.

BACA: Cari Kayu Sambung Titi, Frontliners Dedah Ilham Sebalik Nama Kluster Di Sabah


Kluster baru terbentuk daripada majlis kahwin, 3 kematian & 113 kontak rapat telah direkodkan

Memetik laporan CNN Indonesia, sebuah kluster telah terbentuk di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah dan berpunca daripada sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada 24 Oktober lalu. Menurut Ketua Jabatan Kesihatan Kabupaten Sragen, seramai 113 individu dijangkiti setakat ini, manakala 3 kematian telah pun direkodkan.

Mengejutkan, Keluarga Pengantin Wanita Terkorban Akibat Kluster Kenduri Kahwin
Gambar Sekadar Hiasan

 

Ibu pergi sehari selepas pengantin perempuan temui ajal, ayah pula ‘menyusul’ beberapa hari kemudian

Menyorot kronologi, pengantin perempuan yang dikenali sebagai L dilaporkan tiba dari Jakarta di kediamannya 2 hari sebelum majlis pernikahan tersebut. Setelah majlis selesai, dia dikatakan berasa tidak sedap badan ketika dalam perjalanan ke Wonogiri bersama suaminya. Apabila dibawa ke pusat rawatan, pengantin perempuan itu disahkan menghidap COVID-19. 2 minggu kemudian, wanita terbabit akhirnya ‘pergi’ buat selama-lamanya. Tak sampai beberapa hari kemudian, kedua-dua ibu bapanya pula menyusul gara-gara dijangkiti wabak itu juga.


Mengejutkan, Keluarga Pengantin Wanita Terkorban Akibat Kluster Kenduri Kahwin
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB CNN Indonesia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mengejutkan, Keluarga Pengantin Wanita Terkorban Akibat Kluster Kenduri Kahwin

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes