Drama

[VIDEO] Mesej Drama ‘Cinta Sekali Lagi’, Doa Isteri Teraniaya Sentiasa Dimakbul

[VIDEO] Mesej Drama ‘Cinta Sekali Lagi’, Doa Isteri Teraniaya Sentiasa Dimakbul
Rasaflix

Sharing is caring!

Bagi peminat drama ‘Cinta Sekali Lagi’, pasti telah mengetahui corak cerita ini yang sentiasa penuh debaran dan mampu merobek emosi. Bahkan ramai semakin geram dengan watak Amani yang tidak pernah putus asa untuk meruntuhkan rumah tangga Amanda serta Fahad.


BACA: [VIDEO] Dijampi Adik Ipar Sendiri, Amanda Terkejut Perangai Fahad Makin Baran

Mengadu nak tinggal di rumah Fahad…Mak Wan dapat hidu rancangan jahat Amani

Episod 18 menyaksikan Amani mengadu kepada Fahad untuk tinggal di rumahnya gara-gara takut diganggu Mukhlis. Bahkan dia sengaja mengambil peluang ini selepas kakaknya dikatakan menghadiri sebuah majlis di Langkawi. Akan tetapi, kehadirannya tidak disenangi oleh Mak Wan (pembantu rumah) malah dia seolah-olah dapat menghidu rancangan jahat Amani.

Dapat rasa suami kena sihir, buat solat hajat…hubungan pulih seperti biasa

Namun selepas pulang dari Langkawi, Amanda mula menyedari perubahan pada Fahad malah sering diabaikan sejak Amani tinggal bersamanya. Seakan-akan dapat firasat suaminya terkena sihir, Amanda telah melakukan solat hajat seperti yang disarankan oleh seorang ustaz. Dia juga bersyukur selepas hubungannya dengan suami mula pulih seperti sedia kala.


Bila ada masalah, mohonlah terus dengan Allah…nanti segalanya akan terlerai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penonton gembira dengan usaha Amanda yang cuba untuk mempertahankan rumah tangganya. Dalam pada itu, mereka juga percaya Amani tidak akan mengalah dan akan terus melakukan pelbagai rancangan jahat yang lain.


[VIDEO] Mesej Drama ‘Cinta Sekali Lagi’, Doa Isteri Teraniaya Sentiasa Dimakbul

[VIDEO] Mesej Drama ‘Cinta Sekali Lagi’, Doa Isteri Teraniaya Sentiasa Dimakbul

[VIDEO] Mesej Drama ‘Cinta Sekali Lagi’, Doa Isteri Teraniaya Sentiasa Dimakbul

Sumber: Instagram sr.tigers, dramasangat

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Mesej Drama ‘Cinta Sekali Lagi’, Doa Isteri Teraniaya Sentiasa Dimakbul

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram