Gaya Hidup seram

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Sharing is caring!

Setiap wanita pasti mengimpikan rupa paras yang cantik dan berseri-seri. Bagi mencapai impian tersebut, bermacam-macam cara diambil bagi mendapatkan serta mengekalkan kejelitaan sepanjang masa. Walau bagaimanapun, bukan semua rawatan mencantikkan wajah adalah sah di sisi agama. Antaranya adalah pemakaian sulam bedak, sulam blusher, eyelash extention atau filler di beberapa bahagian wajah. Pernahkah kita berfikir bagaimanakah kesannya jika suatu hari nanti diri bakal menemui ajal tatkala masih memakai ‘benda terlarang’ tersebut?

BACA: Habis Licin Semua Direntap, Gadis Alami Insiden Ngeri Masa Lentikkan Bulu Mata

Terpaksa biarkan sahaja tanpa cabut sebab tak boleh buat apa

Menerusi satu posting yang telah dimuat naik di laman Facebook Viral Media Johor, beberapa screenshot perkongsian netizen mengenai topik tersebut telah menarik perhatian ramai. Seorang individu yang juga bekerja sebagai makeup-artist dilihat menceritakan pengalaman rakannya sewaktu memandikan jasad tidak bernyawa seorang wanita.

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad
Gambar Sekadar Hiasan

Perit nak buang foundation, eyeshadow yang tebal itu

Proses mandi tidak akan diteruskan dengan memotong bahagian bulu mata yang ditambah serta menggosok pemerah pipi kerana ia akan menyakitkan jasad berkenaan. Jadi mereka lazimnya akan meneruskan saja proses tersebut sambil berdoa supaya ia diterima oleh Allah S.W.T.

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad
Gambar Sekadar Hiasan

Bila sudah tidak bernyawa, makin susah nak buang

Menurut portal Lobak Merah pula, jika seseorang manusia sudah disahkan menemui ajal, secara semula jadi apa-apa yang melekat pada tubuh badan akan sukar dibuang. Seperti pemakaian filler di bahagian dagu, payudara atau pipi yang ternyata tidak dapat dibuang begitu sahaja. 

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad
Gambar Sekadar Hiasan

Mengigil tangan remove bulu mata ibu saudara yang sudah ‘pergi’

Ada juga kisah dimana tukang mandi jasad terpaksa menggunakan pelbagai cara termasuklah memakai minyak rambut bayi bagi membuang solekan tebal pada wajah individu yang telah ‘pergi’. Malah ada yang bertaubat tidak mahu meneruskan bisnes pemasangan bulu mata setelah serik melihat keperitan jasad tidak bernyawa itu.

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Viral Media Johor & Lobak Merah 

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Temui Ajal Sewaktu Pakai Eyelash Extention, Wanita Kongsi Susah Mandikan Jasad

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram