Satu Sekolah Dah ‘Terkena’, Bertindak Lekas Jika Anak Hidap Simptom Influenza A

Semalam, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan bahawa jangkitan Influenza A telah pun dikesan di negeri berkenaan. Di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya, 20 orang murid dan seorang guru yang mengalami demam, batuk serta selesema telah disahkan positif terhadap wabak tersebut. Manakala jangkitan di Klang pula dikesan melibatkan 2 beradik dalam satu keluarga. Namun sekolah tersebut tidak ditutup kerana kadar jangkitan dilaporkan terkawal.

BACA: Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan

Advertisement

Boleh menyebabkan kesan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi

Menurut pakar kesihatan, epidemik virus seperti ini boleh berubah pada setiap tahun. Oleh sebab itu, antibodi terhadap jangkitan tahun-tahun sebelumnya sudah tidak berkesan untuk virus musim kali ini. Malah ia turut menyebabkan mudarat terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti golongan kanak-kanak, warga tua, ibu mengandung dan mereka yang menghidap masalah kronik seperti kencing manis, lelah serta bermacam lagi.

Kenal pasti simptom…terus bawa ke pusat rawatan

Menurut perkongsian Dr. Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah di halaman Facebook ‘Medical Mythbusters Malaysia’, setiap orang wajib peka terhadap simptom atau petanda awal influenza A. Hal ini sangat mustahak bagi memastikan setiap penghidapnya segera dirawat sebelum jangkitan itu merebak ke seluruh badan. Antara gejala yang sering berlaku adalah demam, batuk, dan selsema.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Kuarantin anak di rumah hingga semua simptom sembuh

Seandainya ahli keluarga atau waris terdekat anda menghidap gejala ini, pastikan individu berkenaan dikuarantin di rumah hinggalah sihat seperti biasa. Perkara ini sekali gus dapat mengelakkan jangkitan daripada tersebar kepada orang lain. Dalam pada itu, Dr Azlindarita turut menasihati ibu bapa agar mengutamakan aspek kebersihan anak-anak sepanjang masa.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Medical Mythbusters MalaysiaHarian Metro

Advertisement

Advertisement