Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Tips

Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!

27th August 2019
in Tips, Travel
Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bila dah ada anak kecil, aktiviti melancong tidak lagi sama seperti waktu honeymoon atau seorang diri. Ibu atau bapa kena betul-betul bersedia dengan segala faktor dalaman dan luaran. Gagal merancang, mungkin percutian itu akan bertukar menjadi tragedi untuk anda sekeluarga. Memang sukar tetapi ia berjaya dibuktikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Kina Omar. 

BACA: Gara2 Dikecam Bercuti Bersama Teman Lelaki, Gadis Tampil Jelas Situasi Sebenar

Ibu ini telah berjaya membawa anaknya yang bernama Yaaqub melawat ke sembilan buah negara pada usianya baru menjangkau 15 bulan. Perkara ini bukanlah mudah kerana kita sedia maklum yang anak sekecil itu mempunyai banyak ragam. Disebabkan itu, dia telah bekongsi enam perkara penting sebelum membawa bayi anda pergi travel. 

Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!

Penginapan yang menyediakan dapur

Sebelum kita menempah hotel atau tempat penginapan, kita perlu memastikan bahawa ia menyediakan dapur untuk keperluan membuat susu anak, memasak atau sebagainya. Perkara ini bolehlah diperiksa melalui aplikasi percutian pilihan anda. 

Tempat ‘parking‘ peribadi

Bagi yang menyewa kereta pastikan anda mencari penginapan yang menyediakan tempat parking khas atau peribadi. Ini memudahkan ibu atau bapa untuk mengangkut dan membawa barang baby. Maklumlah barang bayi ini banyak, jadi tidak penatlah kita untuk mengangkut barang jauh-jauh. 

Makanan anak dalam penerbangan

Perkara ini adalah mustahak. Sebagai ibu, wanita itu menasihatkan agar kita sudah mempersiapkan makanan anak secukupnya. Selain bubur nasi, bawalah makanan yang mudah dibawa seperti buah-buahan dan biskut. 

Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!Ada lif & mesin basuh

Dua kemudahan ini menjadi kriteria penting sebelum kita menempah tempat penginapan. Seeloknya, pilih tempat penginapan yang ada kemudahan mesin basuh untuk senang mencuci dan lif supaya tidak perlu menaiki tangga. 

Bawa sedikit beras untuk makanan bayi

Di tempat orang, kita mungkin belum arif dan tahu dimana tempat makanan atau kedai runcit untuk mendapatkan makanan untuk bayi. Jika kita tidak membawa beras maka bagaimana untuk berdepan masalah sekiranya anak kita lapar?

Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!Ikut waktu tidur bayi

Sudah seronok berjalan, jangan lupakan yang si kecil itu juga kena berehat. Tambahan lagi, daya tahan tubuh bayi tidak sama dengan kita yang sudah dewasa. Rancang perjalanan anda dan pastikan bayi anda mendapat tidur yang berkualiti biarpun anda dalam fasa percutian. 

Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!

Sumber: Majalah pama

Tags: 15 bulan9 negarabayi babyerin sakuraibu kongsikisah duniakongsimelancongmelawatnegaraTips
Next Post
Sudah Jelajah 9 Negara, Ibu Bijak Ini Kongsi Panduan Melancong Dengan Baby!

591 Hari Sudah 'Pergi', Tapi Anak Masih Gigih Bawa Potret Ibu Teman Daki Gunung

Set Seluar Hoodie Casual Premium Selesa & Stylish
Baju Melayu Elegant untuk Hari Istimewa Anda

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)