Utama Keibubapaan Risau Keselamatan Anak2? Imam Muda Asyraf Kongsi Doa Perlindungan Diajar Nabi

Risau Keselamatan Anak2? Imam Muda Asyraf Kongsi Doa Perlindungan Diajar Nabi

Ibu bapa mana yang tidak sayang pada anak-anak mereka kan? Sebagai ibu bapa, kita semestinya mahu anak-anak kita membesar dengan keadaan baik dan selamat dalam segala aspek rohani mahupun jasmani. Namun dalam dunia yang semakin mencabar ini, tiada jaminan untuk anak-anak kita selamat daripada menjadi sasaran jenayah biarpun kita telah membuat penjagaan rapi di rumah atau memasang kamera litar bertutup (CCTV). Sesungguhnya, pada Allah jualah tempat bergantung.

BACA: Ketuk, Tunggu 10 Minit, Tambah 2 Bahan Ini.. InsyaAllah, Terhindar Dari Barah!

Imam Muda Asyraf di Instagram miliknya pernah berkongsi pendapat yang sama. Dia tampak risau dengan keselamatan anak-anak sekarang terutama sekali dengan zaman ledakan media sosial dimana gambar anak-anak kecil berpotensi untuk dipaparkan di mana-mana tanpa keizinan. 

Tawakal kita pada Allah tak pernah luntur

Doa Nabi Ibrahim AS pada anaknya

Beliau yang diangkat sebagai juara bagi program realiti iaitu Imam Muda Musim Pertama ini telah berkongsi satu doa sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk melindungi anak-anak kita. Katanya, doa itu telah dibacakan oleh Nabi Ibrahim SAW kepada anaknya Ismail dan Ishak. 




Ertinya

Ternyata, doa Nabi Ibrahim ini sangat baik untuk diamalkan buat perlindungan anak-anak dan orang yang tersayang. Semoga dengan perkongsian beliau, kita dapat menjaga dan melindungi seluruh keluarga kita daripada segala anasir buruk. 

Sumber: IG Imam Muda Asyraf & Mingguan Wanita

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI