Utama Food Ketuk, Tunggu 10 Minit, Tambah 2 Bahan Ini.. InsyaAllah, Terhindar Dari Barah!

Ketuk, Tunggu 10 Minit, Tambah 2 Bahan Ini.. InsyaAllah, Terhindar Dari Barah!

Bawang adalah bahan asas yang paling banyak digunakan untuk masakan kerana ia akan memberi aroma dan melengkapkan rasa setiap hidangan anda. Buktinya, lihat sahaja pada masakan melayu seperti sambal, asam pedas, masak kicap dan masakan bergoreng, sememangnya bawang menjadi peneraju utama untuk masakan tersebut. Namun, disebalik bahan ini sebenarnya tersimpan khasiat yang ramai orang tak tahu.   

BACA: Kalau Ipar Dapat Lebih Sikit, Tak Perlu Lah Membawang Cerita Sana Sini..

Gambar sekadar hiasan

Menurut perkongsian Ketua Saintis daripada Mardi iaitu Dr. Suri Roowi, bawang putih sebenarnya telah lama digunakan untuk pelbagai jenis rawatan tetapi ada kaedah yang terbaik untuk mengetuk bahan ini. Jika tidak, kita mungkin tidak akan mendapat khasiatnya secara optimum. Ini kerana bawang akan menghasilkan satu bahan yang berkhasiat iaitu ‘Allicin’ dan ‘Ajoine’. 

Allicin

Allicin mempunyai elemen antikanser yang kuat bagi membantu merawat kanser di payudara, prostat, usus besar, kulit, rahim, pundi kencing dan paru-paru. Selain itu, ia juga amat baik untuk merawat keradangan, batuk dan demam. Cara untuk menghasilkan Allicin daripada bawang ini adalah dengan mengetuk dua ulas bawang putih lalu biarkan selama 10 minit. Selepas itu, bolehlah dicampurkan madu dan air suam sebelum diminum.




Gambar sekadar hiasan

Ajoine

Ajoine pula adalah bahan yang dipercayai boleh mencegah kita daripada blood cancer terutama sekali leukimia. Selain merawat, ia juga membantu merencatkan pertumbuhan sel itu sendiri. Jika untuk mendapatkan Allicin anda perlu minum tetapi untuk Ajoine anda perlu menumis. Caranya selepas diketuk dan dibiarkan 10 minit, anda perlu tambahkan minyak zaitun sebanyak dua sudu. Harus diingat, jangan masak terlalu lama dengan suhu yang tinggi kerana boleh merosakkan khasiat. 

Gambar sekadar hiasan

Dr Suri ini turut berkongsikan ironinya membiarkan bawang putih selama 10 minit sebelum diketuk dan dikupas. Semoga perkongsian ini boleh membantu anda mendapatkan khasiat dan kebaikan secara semulajadi. 




Sumber: Mingguan Wanita

Artikel Popular