Utama Gaya Hidup "Rasa Tak Syok Kerja, Cari Tempat Baru & Resign" - Kata2 Lelaki...

“Rasa Tak Syok Kerja, Cari Tempat Baru & Resign” – Kata2 Lelaki Ini Makan Dalam

Semua orang pernah mengalami konflik di tempat kerja masing-masing. Sama ada anda pekerja baru ataupun lama, tekanan di tempat kerja itu merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi, anda merupakan seorang pekerja bawahan yang perlu mengikut telunjuk daripada orang atasan. Bagaimanapun, cara kita menangani perkara tersebut akan menentukan kematangan seseorang. Begitulah yang cuba disampaikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Norizan Sharif.

BACA: Fresh Graduate Jangan Sedih Jika Belum Dapat Pekerjaan, Cuba Amalkan Doa Ini

Menurut lelaki ini, dia berasa agak terkilan dengan perbuatan sesetengah pekerja yang tidak menghargai majikan. Tambahan lagi, dia juga menyarankan mereka yang kurang senang dengan tempat kerja masing-masing untuk melakukan tindakan yang lebih bijak dan berhemah. 

Gambar sekadar hiasan

Usah burukkan majikan di media sosial

Dalam pada itu, dia juga menasihatkan pekerja agar tidak menyebarkan sebarang keburukan tentang majikan dan rakan sekerja kepada pihak ketiga. Jika rasa pekerjaan itu tidak sesuai, lalu ambillah langkah untuk berhenti dan mencari pekerjaan baru.




Bincang elok-elok bukannya maki hamun

Pemilik Twitter ini juga berasa agak kecewa dengan sikap sesetengah pekerja di negara ini yang suka memaki hamun majikan dan pekerja lain di media sosial. Menurutnya, perbuatan tersebut sebenarnya mencerminkan keperibadian diri masing-masing. Jika itulah bentuk komunikasi yang diterapkan, maka kita tidak akan jadi orang yang berjaya. 

Masuk cara baik, keluar pun cara baik

Perkongsian Tuan Norizan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diberikan malah berharap agar ianya dapat dijadikan iktibar kepada pekerja di luar sana. Threads berkenaan telah mendapat lebih 8 ribu retweets dan likes. 

Sumber: Twitter Norizan Sharif

Artikel Popular