Utama Gaya Hidup "Orang Lain Harey" - Geng Drama Spontan 'Terjah' MeleTOP, Berdekah Satu Studio

“Orang Lain Harey” – Geng Drama Spontan ‘Terjah’ MeleTOP, Berdekah Satu Studio

Siapa yang tidak kenal dengan gandingan trio yang semakin popular ini? Meskipun dua orang anggotanya menghidap masalah mild autism, namun itulah yang menjadikan gandingan ini lebih istimewa. Buktinya, kebanyakkan episod Drama Spontan yang membariskan youtuber Syahmi Sazli, Asif dan Yoe telah menjadi trending di Twitter dan mencecah jumlah tontonan sehingga 2.7 juta. Syahmi juga telah menerima anugerah khas daripada laman sosial terbabit. 

BACA: Berfikir Di Dalam Kotak, Jangan Di Luar.. Parodi Jihan & Bell Lawak Habis!

Baru-baru ini, geng Drama Spontan telah dipanggil menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan bual bicara popular, MeleTOP. Menampilkan gandingan hos seperti Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menggantikan Neelofa, episod berkenaan menjadi lebih riuh dan gamat dengan gelak tawa daripada penonton.

View this post on Instagram

@asifsuhaimi02 @syahmisazli @yoe_parey in the houseee! Ramai oi peminat riuh satu studio! #MeleTOP




A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Jihan jadi Neelofa

Paling mencuri tumpuan pastinya telatah daripada dua orang insan istimewa, Asif dan Yoe apabila ditemu ramah. Di awal rancangan sahaja, mereka telah mencuit hati penonton apabila salah menyebut nama pengacara Jihan Muse dengan Neelofa.

View this post on Instagram

Dua kali baru betul @jihanmuse macam @neelofa 😂 kecek Kelate terus hos MeleTOP! #MeleTOP




A post shared by MeleTOP (@meletop) on

“Nabil tak haram, orang lain haram”

Siapa yang mengikuti gelagat Asif tentu tahu yang dia merupakan seorang yang pemalu. Dalam satu part, bila ditanyakan mengenai perasaan Asif bila bergandingan dengan perempuan dalam babak video spontan, dia menjawab selalu menjarakkan diri sebab ‘haram’. Bagaimanapun, lucu pula jawapannya bila ditanya tentang gandingan Nabil dan hos wanita dalam program tersebut. 

View this post on Instagram

Dengar tu korang haram k! Hahahah comel lah @asifsuhaimi02! #MeleTOP




A post shared by MeleTOP (@meletop) on

View this post on Instagram

Duduk dengan @jihanmuse tak haram, orang lain haram 🤣🤣🤣 aduh memang lawak habis dorang ni!!#MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on




Comel je kaki Yoe tergantung

Gandingan trio berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada penonton. Rata-ratanya berasa terhibur melihat gelagat bersahaja daripada mereka bertiga terutamanya Asif dan Yoe. Video temu bual Syahmi, Asif dan Yoe telah mendapat lebih 140 ribu tontonan dan lebih 11 ribu sukaan di Youtube. 

Sumber: Instagram Meletop & Youtube

Artikel Popular