Utama Gaya Hidup Fresh Graduate Jangan Sedih Jika Belum Dapat Pekerjaan, Cuba Amalkan Doa Ini

Fresh Graduate Jangan Sedih Jika Belum Dapat Pekerjaan, Cuba Amalkan Doa Ini

Melangkah keluar sahaja daripada zaman belajar, cabaran yang paling besar kepada graduan adalah untuk mendapatkan pekerjaan. Perkara ini pasti dirasai semua orang yang bergelar ‘fresh graduate‘. Dengan dunia yang penuh persaingan sekarang, graduan harus mempunyai kerja keras dan kesanggupan untuk bermula daripada bawah. Namun, rezeki setiap orang berbeza. Disebabkan itu, seorang pengguna Twitter ini telah berkongsi satu doa yang bagus untuk diamalkan. 

BACA: Before Pergi Club, I Akan Solat & Berdoa Supaya Nikmat Ni Ditarik, Syukur..

Lelaki yang menggunakan nama akaun @hamkarosli telah menasihatkan semua lepasan graduan untuk bersabar dan jangan sesekali give up sekiranya belum mendapat pekerjaan. Dia yang pernah melalui situasi tersebut juga berkata, itulah perjalanan yang paling sukar selepas tamat belajar. 

Jangan rasa down & kekal positif

Benar, bukan mudah untuk membendung perasaan sedih apalagi jika melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain mula sibuk berkongsi moment mereka di pejabat, bermesyuarat dan sebagainya. Namun, dia berharap pengikut yang melalui situasi ini agar terus bersabar dan kekal positif. 




Kongsi doa

Disebabkan perkara terbabit, lelaki ini telah berkongsi beberapa doa yang diamalkan selepas selesai menunaikan solat dhuha. Tambahnya, doa tersebut perlu dibaca dengan kerendahan hati beserta terjemahannya sekali. Semoga doa berkenaan mampu memberi manfaat buat semua. 

Doa cepat mendapat pekerjaan

Doa diluaskan pintu rezeki

Sumber: Twitter HamkaRosli

Artikel Popular