Artis Hiburan

Putih Mata Zizan Sambar Trofi Artis Komedi, Reaksi Jihan & Mark Lucu Habis

Putih Mata Zizan Sambar Trofi Artis Komedi, Reaksi Jihan & Mark Lucu Habis

Sharing is caring!

Pelbagai kemeriahan dapat disaksikan pada malam gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32. Selain persembahan daripada barisan artis tempatan dan luar negara, moment selebriti mengambil trofi kemenangan juga antara yang sering diperhatikan. Biasanya, penonton teruja untuk melihat reaksi dan ucapan daripada selebriti sewaktu diumumkan sebagai pemenang. Namun, lain pula kali ini kerana gelagat finalis yang gagal naik ke atas pentas pula mendapat perhatian.

BACA: Zizan Buat Kejutan Hari Jadi Ibu, Tapi Kelibat Bella Astillah Jadi Tanda Tanya


Umum mengetahui bahawa kategori Artis Komedi Popular telah dimenangi oleh pelakon P0lis Evo 2 iaitu Zizan Razak. Bagaimanapun, sewaktu Zizan selesai memberi ucapan di atas kemenangannya, lakonan spontan yang dilakukan oleh Jihan dan Mark Adam di bawah pentas sangat melucukan. 

Sempat buat kelakar lagi

Jika ditinjau daripada kategori terbabit, mereka bertiga telah dicalonkan bersama beberapa pelawak yang lain seperti Sherry Al Hadad dan Jep Sepahtu. Mungkin sekadar berseloroh seakan-akan frust gara-gara tidak memenangi kategori tersebut, mereka telah melakukan reaksi yang agak ‘sinis’ ketika Zizan merangkul trofi berkenaan.


Putih Mata Zizan Sambar Trofi Artis Komedi, Reaksi Jihan & Mark Lucu Habis

Part ni lawak

Moment yang berjaya dirakam dalam beberapa saat sahaja itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada penonton. Biarpun kategori tersebut dimenangi oleh artis lain tetapi gelagat mereka berdua ternyata menghiburkan sehingga ramai juga netizen yang memberikan komen kepada scene tersebut.

Putih Mata Zizan Sambar Trofi Artis Komedi, Reaksi Jihan & Mark Lucu Habis

Putih Mata Zizan Sambar Trofi Artis Komedi, Reaksi Jihan & Mark Lucu Habis

Sumber: IG Hotfm & Youtube tv3malaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Putih Mata Zizan Sambar Trofi Artis Komedi, Reaksi Jihan & Mark Lucu Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram