Utama Inspirasi "Abah Aku Cerita Masa Koma, Dia Nampak Padang Mahsyar & Ramai Kena...

“Abah Aku Cerita Masa Koma, Dia Nampak Padang Mahsyar & Ramai Kena Humban..”

Hidayah itu boleh datang daripada pelbagai cara. Kadang-kadang kita diberi ujian yang hebat tetapi terselindung hikmah daripada Pencipta. Begitulah analoginya apabila seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Huzairy Hasry ini mendedahkan kisah ayahnya yang pernah terlibat dengan sebuah tragedi hingga menyebabkannya k0ma selama beberapa bulan. Dalam tempoh berkenaan juga, ayahnya pernah menghadapi beberapa peristiwa aneh yang mendatangkan keinsafan. 

BACA: Bongkar Tragedi Di Pusat Memandu, GF Lelaki Ini Diganggu Cikgu Tua Merenyam

Menyorot kronologi, ayah kepada lelaki ini pernah terlibat dengan sebuah tragedi jalan raya pada sekitar Mac 2018. Terbaharu, dia telah memuat naik pula perkongsian daripada ayahnya sewaktu koma dan terjaga daripada koma. Ternyata, bukan semua orang pernah melalui pengalaman sebegitu. 




“Dah bersedia untuk tinggalkan dunia?”

Menurutnya, ayah pernah berjumpa dengan Allahyarham datuk sewaktu dia dalam k0ma. Selain itu, si ayah juga pernah menghadapi peristiwa yang luar biasa apabila dia ‘ditarik’ oleh seseorang untuk melihat kehidupan selepas hari kiamat. Bayangkanlah, dia dapat melihat bagaimana indahnya syurga dan penyeksaan yang dilakukan buat orang-orang yang berpaling dari agama.

Selepas sedar dari k0ma

Setelah sedar sahaja daripada koma, ayah kepada Huzairy ada memberitahu bagaimana dia berasa begitu nikmat dapat minum air biarpun hanya setitik. Malah, dia juga pernah didatangi oleh satu cahaya selama tiga hari berturut-turut seolah menanti masa untuk mencabut nyawanya.




Mengakhiri thread, lelaki ini juga berharap perkongsian berkenaan dapat memberi keinsafan kepada ramai orang di luar sana agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Keseluruhannya, kisah tersebut telah mendapat lebih 22 ribu retweets dan lebih 15 ribu likes setakat ini. 

Sumber: Twitter Huzairy Hasry

Artikel Popular