Utama Artis Zizan Buat Kejutan Hari Jadi Ibu, Tapi Kelibat Bella Astillah Jadi Tanda...

Zizan Buat Kejutan Hari Jadi Ibu, Tapi Kelibat Bella Astillah Jadi Tanda Tanya

Pelawak dan pengacara, Zizan Razak adalah antara artis lelaki yang sering kita nampak membawa ibunya ke mana-mana majlis anugerah dan acara hiburan. Terbaharu, pelantun lagu ‘Kau Takkan Tahu’ ini telah memuat naik video kejutan sempena hari lahir ibunya, Anai Ibrahim di ruangan media sosial, Instagram. Acara tersebut juga dimeriahkan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.

BACA: Jangan Salahkan Ibu Yang Mengandung, Doktor Dedah Punca Sebenar Keguguran

Dalam video berdurasi lebih 3 minit itu, ibu kepada ‘Inspektor Sani’ ini memberitahu itu adalah ‘surprise’ hari jadi yang pertama sepanjang hidupnya. Kelihatannya, moment berdakap Zizan dan abang bersama ibu telah membuatkan video itu lebih indah dan bermakna. 




View this post on Instagram

Ratu hidupku selamat hari lahir buat mu

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

“Ratu hidupku.. Selamat Hari lahir Buatmu”




Video yang disunting berlatar belakangkan lagu romantis daripada penyanyi indonesia, Andmesh itu telah dihujani dengan banyak ucapan hari lahir daripada peminat dan rakan artis. Malah, ucapan ringkas Zizan di kapsyen melengkapkan lagi mesej pada video berkenaan. 

“Besar ganjaran membahagiakan ibu bapa”

Pada masa yang sama, ada antara pengikut Zizan di Instagram turut memuji tindakan artis ini menyambut hari lahir ibunya dan menyifatkannya dia telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tambahan lagi, paparan video tersebut juga telah menyentuh perasaan netizen. 

 

“Eh ada Bella Astillah”

Tidak kurang juga, mereka yang teruja melihat kedatangan selebriti, Bella Astillah di acara tersebut. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan apabila melihat kedatangan penyanyi itu, malah ada pula yang membuat spekulasi tentang hubungan istimewa Zizan dan Bella.




 

Sumber: IG Zizan Razak

Artikel Popular