Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Di Maghribi Pergi Lepas Sebulan Bertarung Nyawa

Seorang penuntut Malaysia yang bernama Mohd Hafizuddin Hazrul di Universiti Mohammed V Rabat, Maghribi yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HospitaI Cheikh Zayd sejak 3 November akibat hidap leukemia akhirnya pergi menghadap Ilahi. Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10.50 malam tadi. Menurut bapanya yang bernama Hazrul Abdullah, dia mengetahui akan perkara itu sejurus dihubungi oleh anak sulung iaitu Siti Hajar Hazrul juga merupakan penuntut tahun dua di universiti sama.

BACA : Jadi Bapa Tunggal, Muz Boboy Terkesan Isteri ‘Pergi’ 10 Minit Sebelum Berbuka

Advertisement

Sebelum terbang ke Maghribi, tiada masalah kesihatan

Tambah bapa berusia 50 tahun ini, berita pemergian Allahyarham Mohd Hafizuddin sememangnya mengejutkan mereka sekeluarga. Hal ini kerana sebelum bertolak ke Maghribi pada awal tahun lalu, dia sudah pun menjalani medical check up dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Advertisement

Doktor sahkan hidap leukemia, keadaan semakin lemah

Advertisement

Jelasnya lagi, rakan Allahyarham juga ada memberitahu dia mengalami demam dalam tempoh beberapa hari sebelum dibawa ke pusat perubatan pada 3 November lalu. Apa yang paling menyedihkan apabila doktor mengesahkan bahawa Mohd Hafizuddin menghidap leukemia dan keadaannya semakin lemah.

Advertisement

Kedutaan Malaysia sedang uruskan proses bawa pulang

Ujar Hazrul, dia telah pergi ke Maghribi pada tanggal 9 November lalu bagi melawat anaknya itu dan sudah pulang ke tanah air hari Isnin lalu. Kedutaan Malaysia juga sedang giat menguruskan proses untuk membawa pulang Allahyarham Mohd Hafizuddin dan dijangka tiba pada Isnin mahupun Selasa ini.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro pada 8 November lalu, Hazrul pernah meminta masyarakat supaya mendoakan kesihatan anaknya dapat menyambung semula pengajiannya.

Sumber : Harian Metro

Advertisement

Advertisement