[FOTO] Dinobat Sebagai Ratu Telenovela 2019, Dress Mira Filzah Curi Tumpuan

Pada tanggal 22 November (Jumaat) lalu telah berlangsungnya Anugerah Telenovela 2019 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah ini merupakan majlis yang mengiktiraf penulis, penerbit dan warga industri berjaya mengadaptasi kandungan buku termasuklah novel ke layar perak dalam pelbagai bentuk tidak kiralah audio mahupun visual. 

BACA : [VIDEO]  Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur

Mira Filzah dinobat sebagai Ratu Telenovela 2019

Advertisement

Sebanyak 32 kategori telah dipertandingkan dan beberapa artis terkenal juga telah berjaya memenanginya mengikut drama lakonan masing-masing. Dalam pada itu, aktres Mira Filzah telah dinobatkan sebagai Ratu Telenovela 2019. 

Advertisement

Perincian pada dress naikkan aura Mira

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah busana yang tersarung pada tubuh aktres kecil molek ini. Bukannya apa, ia membuatkan pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ ini kelihatan sangat cantik dan menakjubkan. Ditambah pula perincian pada keseluruhan dress tersebut membuatkan Mira memiliki aura tersendiri. Selain itu juga, solekan yang dikenakan pada wajah manisnya tidak terlalu ‘heavy’ menaikkan lagi seri wajah pelakon berusia 26 tahun ini. 

Advertisement

Advertisement

Stunning dinda..kak Mira tak pernah tak cantik

Advertisement

Perkara itu diakui sendiri oleh para netizen yang membanjiri ruang komen di laman Instagram Mira. Rata-rata mereka memuji kecantikan aktres tersebut dan menzahirkan ucapan tahniah di atas anugerah yang diterimanya itu.

Advertisement

Sumber : IG Mira Filzah , Drama Sangat , Budiey

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement
Advertisement