Kemunculan semula Naqiu dalam program realiti Gegar Vaganza musim ke-6 telah menaikkan kembali nama kumpulan yang popular sekitar tahun 2000 iaitu Boboy. Saat Naqiu kembali mencipta nama kumpulan tersebut dalam industri hiburan tempatan, terdapat kisah sedih dan menyayat hati yang dilalui oleh salah seorang daripada anggotanya yang bernama Mohd Muzzafar Nordin atau lebih dikenali sebagai Muz.
BACA : Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar
Isteri ‘pergi’ 10 minit sebelum berbuka
Kehidupan pemain gitar Boboy seperti tidak bermakna lagi selepas diuji kehilangan isteri tercinta secara mengejut pada tanggal 9 Mei lalu menerusi perkongsiannya di portal mStar. Menurut Muz, detik yang masih segar dalam ingatannya itu berlaku pada hari ke-4 umat IsIam menjalani ibadah puasa iaitu kira-kira 10 minit sebelum waktu berbuka. Kejadian yang berlaku kira-kira 10 minit sebelum waktu berbuka pada hari ke-4 bulan puasa itu masih segar dalam ingatannya.
Check nadi dah tiada, badan pun sejuk
Tambah Muz lagi, pada ketika itu dia sudah merasai sesuatu yang tidak kena terhadap isterinya yang bernama Noor Shafinaz Mohd Ramli. Jadi, dia bertindak memeriksa nadinya dan mendapati badan wanita itu sejuk serta segera menghubungi ambuIans.
Terkejut isteri pergi..hilang arah
Jelas Muz, kehilangan mengejut insan tersayangnya yang tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan sangat memberi kesan terhadap dirinya. Perkara itu membuatkan dia hilang arah dan hampir berdepan dengan tekanan. Dalam pada itu, Muz mengakui bahawa kehidupannya menjadi tidak terurus dan gagal menguruskan 3 orang anaknya dengan baik.
Rindu isteri, simpan baju terakhirnya..
Menurut bapa tunggal ini, kerinduan terhadap isteri tercinta masih menebal dan hanya menatap foto kenangan serta baju yang dipakai oleh Allahyarhamah buat kali terakhir sebagai pengubat rindu.
Isteri alami masalah jantung
Ujar gitaris Boboy ini lagi, hasil siasatan mendapati isterinya itu mengalami masalah jantung. Muz dan Noor Shafinaz telah mendirikan rumah tangga pada 13 Mac 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Keisha Nur Zahra Alya, Muhammad Mikhail Azfar dan Muhammad Mifzal Aariz.
Sumber : mStar , FB Muzafar Nordin