Cinta & Perhubungan Keibubapaan Viral

“Patutnya Dia Ada Sebelah Tapi..”- Pengantin Sebak Tunaikan Hajat Ibu Terlantar

“Patutnya Dia Ada Sebelah Tapi..”- Pengantin Sebak Tunaikan Hajat Ibu Terlantar

Sharing is caring!

Sebut sahaja tentang kahwin, tentu sekali ibu bapa dan sanak-saudara merupakan insan yang paling excited selain bakal pengantin. Mana tidaknya, masing-masing mesti akan saling bantu bagi menjadikan acara tersebut sebagai detik paling bahagia dan takkan dilupakan sampai bila-bila. Namun tak dinafikan bahawa pasti kurang serinya jika bilangan ahli keluarga pengantin tidak lengkap dalam majlis istimewa tersebut.

BACA: Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Tetap tunaikan hajat Mama nak bergambar 1 family

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang pengantin baru bernama Nur Amirah Syahindah Hanapi baru-baru ini. Usai sahaja majlis persandingannya di Batu 8, Kuantan pada Ahad lepas, dia dan suami iaitu Mohd Shahrul Fazli bersama ahli keluarga lain terus bertandang ke HTAA demi menunaikan hajat ibu tercinta sempena hari perkahwinannya.

Hidap strok 2 bulan sebelum majlis kahwin

Bercerita kepada Erin Sakura, wanita berusia 24 tahun ini mendedahkan bahawa ibunya yang bernama Rozita telah menghidap strok hingga menyebabkan bahagian kiri otaknya gagal berfungsi dengan sempurna. Walaupun sudah menunjukkan banyak perubahan positif, namun keluarga Mira sekali lagi diuji apabila tulang paha kanan ibunya bermasalah pula. 


2 bulan sebelum tarikh perkahwinan Mama terkena strok. Tapi lepas tu dia makin sembuh dan boleh jalan sikit-sikit dah. Alhamdulillah juga dia masih kenal semua orang lagi, cuma bila cakap dia akan pelat atau merapu kadang-kadang sebab effect dekat otak kiri. Baru-baru ni pula dia pernah macam nak terjatuh masa nak bawa keluar berjalan, tapi mujurlah ada orang pimpin dia masa itu. Terus pergi pusat rawatan, doktor maklumkan tulang paha kanan Mama macam teralih dan sekarang dalam proses nak operate masuk besi.

“Patutnya Dia Ada Sebelah Tapi..”- Pengantin Sebak Tunaikan Hajat Ibu Terlantar

Sepatutnya dia duduk sebelah saya masa akad, tapi..

Mira turut meluahkan rasa terkilan kerana insan yang melahirkannya tidak dapat bersama-sama menyaksikan detik penuh bersejarah itu memandangkan dia masih menerima rawatan. Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya tetap dapat berkumpul satu keluarga meskipun di tempat yang jarang-jarang dirakam oleh pengantin lain. 

Masa akad nikah saya rasa sangat sebak sampai teringat-ingat muka mama. Sepatutnya dia duduk kat sebelah saya tapi dia takda. Semua gambar tu dirakam betul-betul lepas majlis bersanding selesai, kami pergi HTAA lebih kurang jam 12 malam. Kalau ikut prosedur sebenarnya memang tak boleh masuk, tapi lepas merayu dekat pihak yang berwajib akhirnya dapat juga kebenaran. Terfikir juga nak bawa Mama keluar sekejap, tapi kami reda sebab keadaan dia betul-betul tak mengizinkan.

“Patutnya Dia Ada Sebelah Tapi..”- Pengantin Sebak Tunaikan Hajat Ibu Terlantar

“Patutnya Dia Ada Sebelah Tapi..”- Pengantin Sebak Tunaikan Hajat Ibu Terlantar


Paling sebak bila abah jadi wali & serahkan anak dia kat orang lain

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa terharu kerana majlis pernikahan dan persandingannya tetap berjalan lancar. Di mata Mira, bapanya adalah orang yang paling kuat pada masa itu memandangkan dia masih mampu menggalas tugas sebagai wali walaupun risau tentang keadaan isterinya pada masa sama. Dia turut mengharapkan orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya serta mahligai rumah tangga barunya supaya sentiasa bahagia.

“Patutnya Dia Ada Sebelah Tapi..”- Pengantin Sebak Tunaikan Hajat Ibu Terlantar

“Patutnya Dia Ada Sebelah Tapi..”- Pengantin Sebak Tunaikan Hajat Ibu Terlantar

Sumber: Twitter mieyrraindah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram