Cinta & Perhubungan Viral

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Sharing is caring!

Hakikatnya, usaha untuk menghalalkan sesebuah hubungan tidaklah mudah seperti yang disangka. Di samping membutuhkan pengorbanan tinggi dalam soal mengumpul duit, kita juga perlu mengenal hati budi calon teman hidup agar tidak menyesal di kemudian hari. Perkara tersebut boleh ditentukan menerusi bermacam-macam cara, antaranya pandai membahagikan masa antara kerja dan mencurahkan kasih sayang terhadap insan yang dikasihi.

BACA: Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Hari ni hari besar kita…Terima kasih sebab terima saya sebagai suami awak

Baru-baru ini, satu kiriman mesej daripada seorang lelaki terhadap tunangnya telah menjadi tumpuan ramai apabila menitipkan ucapan sebak sempena hari pernikahan mereka pada 1 Februari yang lalu. Walaupun dia berasa gugup menantikan sesi lafaz akad nikah, namun dia juga menyatakan perasaan teruja untuk bergelar suami dan duduk di samping isteri tercinta di atas pelamin. Posting berkenaan telah mendapat lebih 12 ribu retweets setakat ini.

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Tak sangka tunang hantar ayat macam tu sekali

Bercerita lanjut kepada Erin Sakura, Nurul Amienah Ramli menjelaskan bahawa dia sendiri tidak menyangka untuk menerima kiriman mesej sebegitu apalagi 3 jam sebelum akad nikah berlangsung di Perkampungan Cenderawasih, Kuantan. Lebih manis lagi, ikatan pernikahan ini berlaku hanya selepas setahun lebih sahaja berkenalan dengan suami iaitu Mohd Haziq Mohd Nazim.


Jujurnya, sehari sebelum akad nikah saya tiada masa sangat nak fikir pasal perasaan ni. Sebabnya persiapan macam pelamin dan majlis pun banyak yang belum settle lagi. Tapi saya memang tak sangka yang tunang hantar ayat macam tu sekali. Memandangkan saya sebelum ni ada adik-adik dan kawan-kawan saja, sampai sekarang macam tak percaya dah ada suami.

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Suami suka bagi semangat kalau give up dengan kerja

Luah wanita berusia 23 tahun ini lagi, pada awalnya mereka cuma berkawan sebagai rakan di tempat kerja saja. Namun hatinya mula terpaut dengan lelaki itu apabila dia pandai mengasingkan hal berkaitan peribadi dan juga kerja. Di samping itu, perwatakan menarik dan sering mengambil berat terhadap dirinya juga menyebabkan Amienah sudi menerima pinangan lelaki itu sebelum sah menjadi suaminya.

Masa bekerja dekat cawangan restoran yang sama di Pekan, saya sebenarnya pernah tak suka pada Haziq sebab dia terlampau straight jalankan tugas sebagai pengurus. Tapi lepas dah sering keluar bersama, barulah saya tahu yang cara dia bercakap di luar tak sama macam di tempat kerja. Bagi dia, hal kerja & hal peribadi memang lain. Sejak tu saya mula tertarik dengan personalitinya selain banyak berikan semangat kalau saya give up dengan kerja. Kami bertunang 15 November tahun lalu dan selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz pada Sabtu lepas.

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Selalu menangis rindukan mama…Allah pinjamkan suami untuk bimbing saya

Tambah Amienah lagi, pihak keluarga kedua-dua belah pihak memutuskan mereka agar lekas berkahwin memandangkan ibunya sudah tiada. Malahan, anak sulung daripada 7 beradik ini sangat bersyukur kerana suaminya sentiasa cuba memberikan kasih sayang sepenuhnya apabila memahami situasi berikut. Lantaran itu, dia berharap orang ramai turut mendoakan mahligai perkahwinan yang terbina ini kekal hingga Jannah.


Haziq memang selalu bagi ayat panjang-panjang sebelum tidur sebab dia tahu saya selalu menangis, rindukan mama. Lepas nahas jalan raya ragut nyawa mama & adik bongsu, saya rasa macam kurang dapat kasih sayang walaupun ayah, serta ahli keluarga lain selalu berikan sokongan. Alhamdulillah, sekarang Allah bagi pinjamkan suami pula dekat dunia ni untuk terus bimbing saya.

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Sumber: Twitter Amieeeloi


Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram