Artis

Melenting Dapat Baju Buruk, Rupanya Malam Sebelum ABPBH32 Janna Nick ‘Dikacau’

Melenting Dapat Baju Buruk, Rupanya Malam Sebelum ABPBH32 Janna Nick ‘Dikacau’

Sharing is caring!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang popular menerusi drama bersiri Leftenan Zana ini? Semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 baru-baru ini, Janna Nick telah memenangi kategori Artis Versatil Popular. Hal ini membuktikan bahawa dia merupakan seorang penghibur yang serba boleh. Bagaimanapun, difahamkan ada suatu insiden yang memeranjat berlaku terhadapnya sebelum pentas berprestij itu memulakan acara.

BACA: Putih Mata Zizan Sambar Trofi Artis Komedi, Reaksi Jihan & Mark Lucu Habis!


Perkara itu telah dikongsikan sendiri oleh Janna di dalam Instagram miliknya. Menerusi sedutan video yang berdurasi 15 saat itu, pengacara Melodi ini kelihatan berang dengan pakaian yang dia terima sebelum live ABPBH32. Perkara itu lantas menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang telah terjadi?

“Dah tercalon, bagi baju buruk macam ini”

Jika anda menonton video penuh yang dimuat naik di Youtube, pelakon ini pada mulanya diberi baju yang agak besar dan tidak mengikut citarasanya. Perkara itu hampir membatalkan niatnya untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut. Setelah puas bermain dengan emosi, rupanya semua itu hanyalah satu ‘prank‘ yang dibuat oleh beberapa individu yang bertanggungjawab di sebalik penampilannya sebelum malam anugerah. Lihat minit 5:32!


Garang macam singa

Cemas jugalah melihat reaksi daripada Janna Nick apabila dikenakan oleh rakan-rakan. Mana tidaknya, malam kemuncak hanya berbaki berapa jam sahaja lagi ketika itu. Bagaimanapun, keadaan kembali tenang dan dia tetap menghadirkan diri ke malam penuh berprestij dengan busana indah berwarna hitam.Melenting Dapat Baju Buruk, Rupanya Malam Sebelum ABPBH32 Janna Nick ‘Dikacau’Melenting Dapat Baju Buruk, Rupanya Malam Sebelum ABPBH32 Janna Nick ‘Dikacau’Masa kerja dia memang seriusMelenting Dapat Baju Buruk, Rupanya Malam Sebelum ABPBH32 Janna Nick ‘Dikacau’

Sumber: IG & Youtube Janna Nick


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Melenting Dapat Baju Buruk, Rupanya Malam Sebelum ABPBH32 Janna Nick ‘Dikacau’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram