Utama Gambar Viral Make Up Persis Barbie, Bila Diselidik Rupanya 'Mek Kelate'!

[FOTO] Viral Make Up Persis Barbie, Bila Diselidik Rupanya ‘Mek Kelate’!

Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Jika sesetengah wanita mungkin suka travel,  mengumpul beg tangan atau menonton wayang dengan rakan-rakan, namun berbeza dengan seorang wanita ini yang menggunakan bernama Shafieqa Mohd Asri, 26 tahun. Dia mempunyai hobi yang unik iaitu bersolek ala-ala watak animasi terkenal dunia. Malah, dia juga giat berkongsikan beberapa foto miliknya dalam media sosial sehingga menjadi perhatian ramai. 

BACA: Kurang Saingan, Tak Ramai Kejar – Ini 8 Sebab Lelaki Pilih Wanita Lebih Tua

Setelah diselidik, pemilik akaun Instagram fykaaschaa itu merupakan seorang wanita yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan dan sudah mempunyai dua orang anak. Walaupun dah bergelar ibu kepada dua anak, namun status terbabit tidak menghalang dirinya untuk meneruskan minat selain turut mendapat sokongan daripada suami tercinta. 




Mengatasi rendah diri

Menurut Shafieqa yang juga merupakan seorang model sambilan, dia mencuba mekap berwajah ala-ala kartun animasi itu termasuklah Barbie sebagai satu cara untuknya menghilangkan rasa rendah diri. Dalam pada itu, dia juga mendedahkan mula membuat make-up tutorial sejak 2016 lagi di Facebook. 

Ambil masa satu setengah jam untuk bersolek

Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Akash dan Ashran ini berkata dia mengambil masa hampir satu setengah jam untuk meniru mekap kartun animasi yang dipilih. Selain barbie doll, dia juga selalu meniru mekap kartun animasi dari Jepun dan filem popular. 

Berhabis puluh ribu ringgit

Dalam masa yang sama, wanita photogenic itu juga telah menghabiskan hampir RM30 ribu untuk koleksi rambut palsu, pakaian ‘cosplay‘, maskot, aksesori dan alatan mekap. Selain menjadi model sambilan, dia turut melakukan servis sewa maskot dan melatih model-model baharu. 




Sumber: Awani & Instagram Fykaaschaa

Artikel Popular