Artis Hiburan Inspirasi

Lepas Mohon Maaf Isu Bantuan Anak Seni, Tomok Dipuji Bagi Sumbangan Kepada APM

Lepas Mohon Maaf Isu Bantuan Anak Seni, Tomok Dipuji Bagi Sumbangan Kepada APM

Sharing is caring!

Sekitar hujung bulan lepas, usaha beberapa artis yang memperjuangkan bantuan khas bagi golongan anak seni terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata telah hangat diperdebatkan. Malah antara yang tak terkecuali mengulas tentang inisiatif tersebut adalah penyanyi terkenal tanah air iaitu Tomok.

BACA: Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Lepas Mohon Maaf Isu Bantuan Anak Seni, Tomok Dipuji Bagi Sumbangan Kepada APM

Saya juga manusia biasa…tak lari dari melakukan kesilapan

Namun setelah mendapat pelbagai kecaman dan kritikan daripada rata-rata netizen, vokalis kumpulan New Boyz ini akhirnya membuat permohonan maaf terbuka susulan isu tersebut. Ujarnya selain tidak mahu mengeruhkan hubungan dan persepsi masyarakat terhadap para selebriti, dia juga berharap agar semua pihak dapat sama-sama mendoakan agar Malaysia lekas bebas daripada wabak COVID-19.


Sumbang makanan kepada petugas APM

Memasuki hari ke-15 PKP semalam, pelantun lagu ‘Rindu Terhenti’ ini malah mencuri tumpuan ramai apabila bermurah hati memberikan sumbangan dalam bentuk makanan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang sedang menjalankan tugas. Menerusi status yang dimuat naik ke laman Twitter miliknya, Tomok turut menjelaskan bahawa agihan makanan itu merupakan hasil daripada beberapa rakan seperjuangannya.

Teruskan Tomok…kena tunjuk buat benda baik sebab ramai sibuk mengecam

Sehingga kini, posting yang sangat bermakna itu telah mendapat beratus tanda suka di laman Twitter. Walaupun masih ada beberapa pihak yang tersinggung dengan kenyataannya tempoh hari, namun rata-rata netizen berharap agar Tomok terus menyebarkan sifat positif sebagai contoh bagi peminat di luar sana.

Lepas Mohon Maaf Isu Bantuan Anak Seni, Tomok Dipuji Bagi Sumbangan Kepada APM


Lepas Mohon Maaf Isu Bantuan Anak Seni, Tomok Dipuji Bagi Sumbangan Kepada APM

Lepas Mohon Maaf Isu Bantuan Anak Seni, Tomok Dipuji Bagi Sumbangan Kepada APM

Sumber: IG & Twitter TomokOfficial


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lepas Mohon Maaf Isu Bantuan Anak Seni, Tomok Dipuji Bagi Sumbangan Kepada APM

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram