Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

28th March 2020
in Viral
Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tatkala sesetengah artis lain membuat seruan agar pihak kerajaan tidak meminggirkan nasib anak seni di Malaysia, lain pula respon yang diberikan oleh pelakon terkenal, Que Haidar. Meskipun namanya terlihat agak senyap dari industri hiburan sejak kebelakangan ini, namun luahan yang dibuat olehnya menerusi Instagram beberapa hari lalu ternyata mendapat perhatian.

BACA : [VIDEO] Nabil-Lofa Ulas Isu Bantuan Artis, Jadikan Caliph Busker Contoh Mudah

Realiti bukan fiksi

Turut sedar ada rakan-rakan seangkatan yang terkesan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama sebulan ini, pemegang watak Amy Mat Piah menerusi filem ‘Rock’ itu telah mencoretkan sebuah luahan penuh makna. Tidak berpihak pada golongan artis semata-mata, dia menyuarakan tentang nasib kebanyakan kru belakang tabir yang kian tersepit terutamanya apabila projek mereka tergendala. Selain itu, aktor kacak itu sempat menyeru agar orang dalam industri seni membantu rakan seperjuangan yang kini sedang bergelut dengan masalah pendapatan.

Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Inilah masa semuanya jadi satu jentera

Dalam pada itu, dia tetap mengucapkan tahniah sebagai tanda penghargaan kepada persatuan seni yang terlebih dahulu menghulurkan bantuan demi meringankan kesusahan tersebut. Jelasnya lagi, sekarang adalah masa orang-orang dalam industri bersatu hati membantu sesama sendiri.

Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Tahniah abang berfikiran bijak

Membaca respon yang ditulis oleh Que Haidar, rata-rata netizen begitu merasa senang hati. Katanya, artis lelaki ini menggunakan point yang bertepatan selain memuji kebijaksanaannya dalam memberikan pendapat.

Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Sumber : Intagram The Haidar

Tags: artispujique haidarsenisumbangan
Next Post
Seru Penggiat Seni Tolong Industri Sendiri, Netizen Puji Mentaliti Que Haidar

Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)