Artis

[VIDEO] Artis Lain Busy Bertekak, Catriona Ross Pula Buat Perangai ‘Gila’ Di IG

[VIDEO] Artis Lain Busy Bertekak, Catriona Ross Pula Buat Perangai ‘Gila’ Di IG

Sharing is caring!

Tatkala artis-artis lain sedang sibuk bertekak sesama mereka, masih ramai selebriti yang tenang menjalani hidup masing-masing. Tidak mahu terlibat dalam konflik yang sedang hangat berlegar, sesetengahnya sibuk menghabiskan masa dengan keluarga di samping membuat video lucu sebelum dimuat naik ke laman Instagram. Salah seorang artis yang dimaksudkan adalah aktres jelita bernama Catriona Ross.

BACA : [VIDEO] Ligat Dikecam Rakan Artis, Anju Makin Sibuk Hulur Bantuan Depan Rumah

Assalammualaikum adik kakak

Sejak beberapa hari lalu, pelakon yang pernah membintangi drama komedi berjudul ‘Mek Salmah Dari Scotland’ ini telah menarik perhatian peminatnya. Catriona dilihat memuat naik beberapa video lucu dirinya sedang berseloroh kononnya dia penat memasak sepanjang berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Buat lokching untuk anak kita

Walaupun dia sempat membebel apabila anak di rumah meminta dimasakkan makanan popular Kelantan iaitu lokching, wanita ini gigih mencari bahan untuk memenuhi kemahuan tersebut. Lebih menghiburkan lagi apabila dia berperangai ‘gila-gila’ kerana mula bertutur menggunakan dialek Kelantan yang begitu ‘pekat’ disulam dengan riak wajah lucu.

Kenapa ada lagi yang degil?

Selain itu, dia turut menegur orang ramai yang masih berdegil untuk mematuhi perintah berkurung dan tidak melakukan social distancing apabila berada di luar. Bukan sahaja bercakap dengan dialek tempatan, malahan pesanan itu menjadi semakin lawak apabila Catriona tampil dengan bahasa ala-ala Inggeris bercampur Siam.


View this post on Instagram

Banyok lagi yang dok tubek walau pong polih dan askar doh buat roadblock! Jangey degil. #KakKek ni orey tok talipon ko #KakKek 14 hari doh pun, kito tok tubek (keluar) rumoh. Kito duduk rumoh diam-diam! . . TERJEMAHAN PENDEK : Apesal ada lagi ni yang degil tak dengar cakap lagi ni ah?Keluar naik motor lah,naik kereta lah!Tak faham-faham lagi walau pun polis ada,askar pun ada! Dengar la nasihat,kita tak boleh keluar sebab kalau keluar, kita sakit! Bagitau lah dekat Cik Abang tuuu !! Tengok KakKek ni dah 14hari dia tak telefon,tak pulak buat hal nak nangis ke, nak keluar cari ke apa!!! Dah orang dah tanak kita! Kena terima lah! (menyanyi) #KakKek #KakKekBagiNasihat #HariNiKakKekNyanying #KakKekDariPatani

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Best dengar…Buatlah selalu

Menyaksikan semua video tersebut, netizen dan juga rakan-rakan artis mengakui benar-benar terhibur. Video berkenaan seolah-olah mendedahkan sisi lain seorang Catriona Ross yang selama ini terkenal dengan watak-watak keibuan. Mendengar celoteh aktres itu, peminat berharap dia lebih kerap membuat video sedemikian rupa.

[VIDEO] Artis Lain Busy Bertekak, Catriona Ross Pula Buat Perangai ‘Gila’ Di IG [VIDEO] Artis Lain Busy Bertekak, Catriona Ross Pula Buat Perangai ‘Gila’ Di IG [VIDEO] Artis Lain Busy Bertekak, Catriona Ross Pula Buat Perangai ‘Gila’ Di IG

Sumber : Instagram Catriona Ross


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram