Utama Berita Semasa Kajian Buktikan Kerja Lebih 52 Jam Seminggu, Risiko Botak Adalah 2 Kali...

Kajian Buktikan Kerja Lebih 52 Jam Seminggu, Risiko Botak Adalah 2 Kali Ganda

Menerusi laman sesawang Mail Online, pihak saintis telah menjumpai hasil kajian merumuskan bahawa seorang individu itu akan berisiko untuk kehilangan lebih banyak rambut iaitu sebanyak 2 kali ganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 52 jam seminggu. Malah ia jelas sekali menunjukkan perbezaan ketara bagi mereka yang bekerja kurang 40 jam selama satu minggu.

BACA : Padah Gelak Tak Ingat Dunia, Mulut Wanita Ini Susah Tutup Sebab Rahang Terkehel

Penyelidikan ini dijalankan oleh sekumpulan saintis daripada Sungkyunkwan University School of Medicine di Seoul, Korea Selatan terhadap 13, 391 responden lelaki berusia antara 20 sehingga 59 tahun pada tahun 2013 sehingga 2017.




Gambar Sekadar Hiasan

Berkait rapat dengan stress buat folikel rambut rosak

Seterusnya pula, kumpulan ini dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu ‘Normal’ (kerja kurang daripada 40 jam seminggu), ‘Long’ (52 jam) dan ‘Much Longer’ (lebih 52 jam seminggu). Hasil kajian merumuskan bahawa responden kerja melebihi 52 jam seminggu sangat mudah untuk menjadi botak dengan 4% berbanding 2% bagi mereka yang kurang 40 jam. Apa yang berlaku ini adalah berkait rapat dengan stress membuatkan folikel rambut menjadi rosak dan membantutkan pertumbuhannya. Disebabkan itulah seseorang individu boleh mengalamimasalah kehilangan rambut ini.

Gambar Sekadar Hiasan

Sebab tu selalu tengok ayah kerja keras botak

Pendedahan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi ramai lalu membanjiri ruang komen di FB Era (Malaysia). Tidak kurang juga netizen memberikan pandangan mereka berhubung perkara itu. Malah mereka turut berkongsikan keadaan rambut masing-masing.

Sumber : Mail Online FB Era (Malaysia)

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI