Utama Cinta & Perhubungan "Zaman Cinta Je Best"-Bukan Nak Takutkan, Wanita Dedah Realiti Alam Perkahwinan

“Zaman Cinta Je Best”-Bukan Nak Takutkan, Wanita Dedah Realiti Alam Perkahwinan

Melihat orang lain mendirikan rumah tangga memang nampak bahagia. Sewaktu menjadi single, kebanyakan perkara akan dilakukan sendiri. Namun menerusi perkahwinan, ia seolah-olah membawa kita masuk ke satu dunia baru di mana semua perkara akan dikongsikan bersama. Percaya mahupun tidak, demikianlah kemanisan yang hanya dirasai oleh couple yang sah bernikah. Namun begitu, seorang wanita menerusi Twitternya mempunyai pandangan yang sedikit berbeza tentang hal berkenaan.

BACA : [VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

Gambar sekadar hiasan

Life bercinta saja yang best…tak sama macam couple

Perkongsiannya yang mendedahkan tentang realiti alam perkahwinan sudah mendapat sekitar 5000 jumlah retweet sejak dimuat naik. Semuanya bermula apabila ada seorang gadis yang bertanyakan tentang perihal alam rumah tangga kepada dirinya. Enggan memberikan sebarang harapan palsu, dia memilih untuk berterus-terang mengikut pandangannya sendiri. Walaupun dia  berkahwin pada usia yang agak lewat, Jane tetap merasakan fasa tersebut masih terlalu awal buat dirinya.

Advertisement




Gambar sekadar hiasan

Makin dewasa, makin banyak masalah nak hadap

Dalam perkongsiannya itu, dia sempat menitipkan pesanan agar orang yang mahu mendirikan rumah tangga mencari jodoh tepat supaya tidak menyesal kelak. Meskipun dia tegas dalam menyuarakan pendapat ini, tidak bermakna bahteranya menghadapi masalah. Bahkan dia bersyukur kerana dikurniakan suami dan mentua yang baik. Selepas tweet ini menjadi viral, ramai yang mula menghantar dm dan berkongsikan tentang dunia perkahwinan mereka.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Jan Dungggg

Advertisement




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement