Gaya Hidup Tips

“Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

“Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

Sharing is caring!

Jodoh itu sememangnya datang daripada pelbagai bentuk dan cara. Kadang-kadang, kita masih berusaha mencari calon yang terbaik sedangkan jodoh itu sudah berada berhampiran dengan kita. Tanya sajalah pada sebahagian mereka yang sudah berkahwin, tentu jalan cerita mereka sebelum menemui cinta hati sangat tidak disangka-sangka. Sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh memberikan petanda bahawa si dialah individu yang kita cari selama ini. Cuma, persoalannya kita sedar atau tidak?

BACA: Wahai Wanita.. Jangan Bimbang Jika Miliki Pipi Anda Tidak Dimakan Usia

Mari kami kongsikan tujuh ciri dia adalah jodoh anda. Periksalah kesemua ciri ini, manalah tahu anda akan temui jodoh sejurus selepas ini. 

1. Berasa selesa


Pernahkah anda berasa nyaman dan tenang sahaja apabila berada di samping seseorang yang berlainan jantina? Jika ye, ini mungkin menunjukkan bahawa orang tersebut adalah jodoh anda. Bukan apa, membentuk keselesaan dengan seseorang bukan satu proses yang mudah. Jadi, fikirlah sendiri.

“Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda2. Dia sangat memahami

Teman yang bagus adalah teman yang boleh membaca gerak hati dan sangat peka dengan keadaan kita tanpa perlu kita berusaha mengungkapkan dengan kata-kata. “Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

3. Jujur dan tak ‘fake’

Tentu kita berasa agak kesal, jika bertemu dengan seseorang yang tidak berterus terang dan berpura-pura, bukan? Jika jumpa ciri-ciri ini pada si dia, maka bolehlah reject awal-awal. Hanya orang yang betul-betul ikhlas sahaja akan bersifat jujur dan menunjukkan perangai diri yang sebenar kepada anda walau dalam apa jua keadaan. “Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda


4. Bersedia galas tanggungjawab

Jika orang yang anda cintai nampak begitu bersungguh-sungguh sehingga membawa anda berjumpa keluarga dan mula berbicara soal kahwin, semestinya dia sudah menunjukkan tanda bahawa dia sudah bersedia!“Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

5. Gaduh kejap-kejap je

Setiap hubungan pasti pernah melalui fasa bergaduh dan tidak sependapat. Perkara itu merupakan proses biasa dalam setiap couple. Namun, perlu dilihat pada berapa lama tempoh anda bergaduh. Jika si dia cepat marah, tapi cepat sejuk hati maka mungkin dia adalah jodoh anda. “Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

6. Ambil berat dan sanggup lakukan apa sahaja

Elemen sebegini sememangnya paling diinginkan oleh setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan. Jika kalian berjodohan, si dia pasti sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan anda. Dalam masa yang sama, si dia juga akan sentiasa meluangkan masa dan bertanyakan keadaan anda. “Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

7. Hubungan terjadi tanpa dipaksa

Pernah tak anda berasa situasi begini, anda berkawan dengan si dia, dalam tidak sedar tiba-tiba terjatuh hati? Jika pernah, sesungguhnya hubungan itu telah terjadi dengan kerelaan tanpa sebarang unsur lain yang menolak anda. Bersyukurlah, anda kini mungkin sudah temui masa depan anda. 


“Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

Sumber: Twitter Awantona

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik” – Ini Antara 7 ‘Sign’ Si Dia Adalah Jodoh Anda

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram