Gaya Hidup Tips

[VIDEO] Jari Terkena ‘Gam Gajah’ & Melekat Teruk? Jangan Risau, Ikuti Tips Ini

[VIDEO] Jari Terkena ‘Gam Gajah’ & Melekat Teruk? Jangan Risau, Ikuti Tips Ini

Sharing is caring!

Gam merupakan sejenis bahan yang digunakan untuk mencantumkan atau menggabungkan dua permukaan berbeza. Terdapat banyak jenis gam yang terdapat di pasaran mengikut fungsi dan kekuatan yang berbeza. Jika kita mahu mencantumkan objek yang keras, tentunya kita akan menggunakan gam yang mempunyai daya lekat yang kuat dan tahan lama. Namun, gam ini jika terkena pada permukaan kulit manusia, susah hendak ditanggalkan. 

BACA: Padanlah Susah Sangat Selama Ni – Lelaki Tunjuk Guna Bekas Makanan


Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @brotherjambang telah berkongsi satu video tentang cara yang dipraktikkannya untuk menanggalkan gam jenis as1d apabila terkena pada permukaan jari. Ternyata, kaedah yang dilakukan oleh lelaki ini mendapat perhatian oleh warga Twitter. 

Gunakan garam

Dalam video tersebut, dia telah membubuh gam pada dua belah jarinya. Setelah ia melekat, dia meletakkan garam pada kawasan tersebut. Selang beberapa detik, dia mencelupkan jari tersebut ke dalam air dan lihatlah hasilnya.


[VIDEO] Jari Terkena ‘Gam Gajah’ & Melekat Teruk? Jangan Risau, Ikuti Tips Ini

Semoga bermanfaat

Namun, sangat tidak disangka-sangka rupanya garam tersebut telah meleraikan lekatan pada kedua-dua jari tersebut. Berkongsi video berkenaan, dia berharap agar info itu akan memberi manfaat kepada orang ramai. 

[VIDEO] Jari Terkena ‘Gam Gajah’ & Melekat Teruk? Jangan Risau, Ikuti Tips Ini
Gambar sekadar hiasan

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya kelihatan sangat teruja dengan perkongsian lelaki berkenaan. Keseluruhannya, video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu retweets dan lebih 4 ribu likes setakat ini. 


Nice 😍

[VIDEO] Jari Terkena ‘Gam Gajah’ & Melekat Teruk? Jangan Risau, Ikuti Tips Ini

[VIDEO] Jari Terkena ‘Gam Gajah’ & Melekat Teruk? Jangan Risau, Ikuti Tips Ini

Sumber: Twitter brotherjambang

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Jari Terkena ‘Gam Gajah’ & Melekat Teruk? Jangan Risau, Ikuti Tips Ini

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram