Cinta & Perhubungan Gaya Hidup

[FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup

[FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup

Sharing is caring!

Perkahwinan merupakan satu simbolik kepada sebuah hubungan percintaan. Pastinya, berkahwin adalah perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Itulah mungkin perasaan yang menyelubungi seorang pereka fesyen ini. Jika dahulu dia banyak menghasilkan busana untuk orang yang berkahwin, namun kali ini berbeza kerana empunya badan sendiri yang menyarung busana pengantin. Rizman Nordin atau dikenali dengan Rizman Ruzaini, hari ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya di ibu kota.  

BACA: RM8K Untuk Makan, Khemah & Pelamin.. Bila Tiba Hari Majlis, Katerer Pula Lesap!


Perkhabaran gembira tersebut telah dikongsikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga merupakan sahabat kepada pereka fesyen popular itu. Dalam paparan itu, Rizman telah sah bergelar suami kepada Nurida Suraya dengan sekali Iafaz.

[FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup

Busana putih polos

Memilih lokasi di Glasshouse, Seputeh di Kuala Lumpur, kedua-dua ‘couple’ ini nampaknya sangat sepadan mengenakan busana berwarna putih polos. Melalui foto-foto yang dikongsikan, raut wajah kedua-dua mempelai yang tersenyum telah membangkitkan lagi seri majlis pernikahan tersebut. 


[FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup

[FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup

Dato’ Seri Siti Nurhaliza & Suami

Antara yang mencuri tumpuan juga adalah kehadiran Dato’ Siti dan Dato’ Sri Khalid yang berpakaian sedondon mengikut tema warna putih ke majlis pernikahan tersebut.

[FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup [FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup

Majlis itu telah dihadiri oleh ramai selebriti, pihak media, kawan rapat dan ahli keluarga. Semoga hubungan pereka fesyen terkemuka ini bersama isteri kekal hingga ke Jannah. 


Sumber: Media Hiburan & Instagram ctdk

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[FOTO] Tahniah! Pereka Fesyen Terkenal Pilih Nurida Suraya Jadi Teman Hidup

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram