Utama Berita Semasa RM8K Untuk Makan, Khemah & Pelamin.. Bila Tiba Hari Majlis, Katerer Pula...

RM8K Untuk Makan, Khemah & Pelamin.. Bila Tiba Hari Majlis, Katerer Pula Lesap!

Bagai pelamin anganku musnah. Itulah situasi yang menggambarkan perasaan pengantin apabila majlis pada hari bahagianya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Mana tidaknya, segala persiapan sudah dibuat, malah ribuan ringgit telah dilaburkan tetapi kesudahannya berakhir dengan kenangan pahit. Samalah seperti kisah sepasang pengantin ini yang sudah berhabis ribuan ringgit untuk majlis kendurinya tetapi bertukar tragedi apabila dia menyedari telah ditipu dan dianiaya oleh pihak katering. 

BACA: Bagi Dia Masa Kenal Agama Zul Ariffin Ada Perancangan Nikah Wanita Misteri

Gambar sekadar hiasan

Menurut sebuah media tempatan, pengantin lelaki yang bernama Nur Azizi Sulaiman, 28 tahun telah melaburkan wang sebanyak RM8,000 kepada pihak katering untuk menyediakan segala kelengkapan majlis seperti makanan, khemah, andaman dan lain-lain. Namun, Azizi akhirnya kecewa kerana pihak katering tersebut tidak hadir membawa makanan malah khemah yang dipasang juga tidak sempurna. 

Kredit foto Harian Metro

Kenal melalui Facebook




Menyorot kronologi, Azizi mengenali individu terbabit yakni seorang wanita melalui Facebook. Dia mulanya tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh wanita tersebut memandangkan dengan harga RM8,000, dia boleh mendapatkan pakej lain seperti khemah, jurugambar dan pelamin.

Bayar secara berperingkat

Bukan itu sahaja, wanita itu juga bersetuju untuk melakukan pembayaran secara berperingkat. Pada 23 Jun yang lalu, dia telah berjumpa wanita itu di Seremban dan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM 2,000. Pada 26 Jun, dia sekali lagi membuat pembayaran sebanyak RM 1,500. Manakala selebihnya dilangsaikan pada 15 Julai yang lalu, menjadikan jumlah kesemuanya RM 8,000. 

Gambar sekadar hiasan

Lima khemah jadi empat

Pada 1 September yang lalu, beberapa orang pekerja telah datang ke rumahnya untuk memasang khemah namun hanya empat khemah yang dipasang daripada lima seperti dalam perjanjian. 




Wanita itu menelefon suruh sediakan makanan sendiri

Lebih teruk lagi, wanita itu juga menghubungi lelaki berkenaan pada pagi hari kenduri memberitahu pengantin lelaki itu supaya menyediakan makanan sendiri kerana khuatir akan terlambat. Entah apa masalah yang dihadapi wanita itu sehinggakan dia tidak hadir langsung pada majlis kenduri tersebut. 

Mengakhiri perbualan, dia juga berasa kesal kerana majlis kenduri yang sepatutnya menjadi hari gembira buat dia dan wanita pilihannya berakhir sedemikian rupa. Mengambil serius akan perkara ini, dia telah membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

Sumber: Harian Metro




Artikel Popular