Fizikal Sering Jadi Bahan Ejekan, Graduan OKU Bukti Itu Bukan Halangan Berjaya

Demi meniti kejayaan, seseorang itu pastinya melalui pelbagai liku cabaran. Bukan saja dalam mencari ilmu, namun kisah peribadi yang melibatkan emosi juga mampu menjadi penguat semangat untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi. Begitulah yang dilalui oleh seorang graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) bernama Hussein Said apabila dia menjadi bahan ejekan orang sekelilingnya kerana merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak dari sekolah rendah.

BACA : Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Sukar lupakan rakan tiru cara bergerak mengengs0t

Advertisement

Namun, graduan berusia 25 tahun ini tidak mengambil pusing akan perkara itu kerana menganggap kekurangan fizikalnya sebagai perkara biasa. Tambahnya lagi, gara-gara ejekan itulah dia belajar untuk memajukan dirinya melebihi individu normal yang lain.

Advertisement

Tercabar lihat kejayaan abang & kakak

Malah kejayaan yang digapai oleh kakak dan abangnya hingga ke menara gading dalam bidang masing-masing. Meskipun sedar akan kekurangan diri, namun Hussein nekad untuk menggenggam ijazah.

Advertisement

Ayah & ibu jadi tulang belakang, kini sambung Master

Berkat tidak pernah berputus asa, usaha yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil kerana berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dan diraikan semasa Majlis Konvokesyen UPM Ke-43 baru-baru ini. Dia turut bersyukur kerana ibu bapanya menjadi penguat semangat. Kini dia sedang giat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan berharap agar cita-cita untuk bergelar pensyarah tercapai.

Advertisement

Sumber : Universiti Putra Malaysia , Harian Metro , Norsyahriman Md Arif

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement