Isteri Buat Kejutan Hamil Lagi Sempena Anniversary Tapi Reaksi Shukri Yahya Win

Suami mana yang tidak gembira bila menerima kejutan hadiah daripada isteri tersayang di hari ulang tahun perkahwinan. Lebih-lebih lagi ia merupakan hadiah yang paling ditunggu-tunggu. Seperti yang dilakukan oleh isteri kepada aktor terkenal Shukri Yahya iaitu Tya Adnan kerana membuat kejutan bahawa dia sedang hamil menerusi perkongsian video di Instagram. Apa yang paling menarik adalah ia sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4.

BACA :ย Beza Umur 50 Tahun โ€“ Tauke Kopi Kahwini Anak Dara Dengan Hantaran RM2.75 Juta

Ameena dah letih hisap ibu jari kaki diaย 

Advertisement

Sebelum ini, Shukri ada berkongsikan video mereka 3 beranak berserta kapsyen sweet sempena ulang tahun perkahwinannya. Dalam pada itu, dia sempat berseloroh mengatakan Ameena sudah penat menghisap ibu jari kaki sebagai simbolik mahu adik.

Advertisement

Harap-harap game lah..

Tanpa disangka-sangka, mulut masin termakbul apabila Tya membuat kejutan tentang permintaannya itu. Wanita itu memberikan sebuah kotak kepada Shukri dan memintanya untuk buka sambil disaksikan anak sulung mereka iaitu Aaira Ameena yang kini berusia 3 tahun. Malah aktor itu sempat berharap agar hadiah tersebut merupakan alat permainan.

Advertisement
View this post on Instagram

MashaAllah Tabarakallah.. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

Advertisement

Eh pregnant..alhamdulillah..

Apabila kotak yang memaparkan telefon bimbit berjenama itu dibuka, Shukri mendapati ia merupakan alat ujian kehamilan. Sejurus mengetahui akan paparan pada alat itu, pelakon drama ‘Pesan Pada Hati’ tersebut menjerit kegembiraan dan mengucap kesyukuran di atas rezeki yang diberikan.

Advertisement

Tahniah..moga ibu & baby sihat

Perkongsian berita gembira itu ternyata telah mencuri perhatian ramai lalu IG milik Tya dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata mereka turut mendoakan agar kandungannya dalam keadaan sihat.

Advertisement

Advertisement

Sumber : IG Tya Adnan , Syukri Yahya

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement