Inspirasi Viral

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Sharing is caring!

Minggu berganti minggu, musim graduasi masih lagi berjalan dengan jayanya mengikut institusi pendidikan tinggi masing-masing. Terpancar raut wajah kegembiraan yang diperoleh para graduan selepas berhempas-pulas menamatkan pengajian. Itulah yang dapat digambarkan dengan kejayaan seorang graduan Univeristi Utara Malaysia (UUM) iaitu Nur Athirah Rushami Zien apabila meraih anugerah Pelajaran Diraja dalam majlis graduasi semalam.

BACA : “Mereka Sentiasa Beri Kekuatan”-Graduan Gapai Kejayaan Buat Ibu Bapa OKU Bangga

Makan apa je jadi pandai macam ni..

Detik gadis berusia 23 tahun ini menerima anugerah tersebut telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Twitter bernama Afiq menerusi perkongsian video berdurasi 40 saat hingga meraih hampir 55,000 retweets daripada pengikutnya.


https://twitter.com/Are_Fieqq/status/1185467700031524865

Tamatkan pengajian dengan PMK 3.99

Menerusi video tersebut, Nur Athirah telah berjaya memperolehi anugerah dekan pada setiap semester dan mendapat keputusan cemerlang 4.00 selama 7 semester berturut-turut. Malah graduan dalam jurusan Undang-Undang dan Perniagaan ini telah menamatkan pengajian dengan PMK 3.99.

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Tiada rahsia, hanya fokus dalam kelas

Menerusi laporan Berita Harian, anak kelahiran Perlis ini memberitahu bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia kejayaan yang luar biasa selain hanya memberi fokus di dalam kelas. Tambahnya lagi, dia sentiasa gigih berusaha untuk cemerlang pada setiap semester walaupun program pengajian yang diikutinya itu baru diperkenalkan dan sibuk dengan aktiviti kokurikulum.


Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah
Kredit Foto : BH Online

Tolong tag dia..saya nak raikan kejayaannya dengan hadiah

Kejayaan cemerlang Nur Athirah turut mendapat perhatian seorang pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa yang menzahirkan ucapan tahniah kepadanya di Twitter. Malah Neelofa juga mahu memberikan hadiah kepada graduan ini di atas kecemerlangannya itu.

Sumber : Twitter Are_Fieqq , Neelofa , BH Online


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram