Dirempuh Pemandu Treler Mengantuk, Wanita Ini Hilang Ibu & Gugur Bayi 4 Bulan

Sebelum memulakan pemanduan, setiap pengguna jalan raya perlu memastikan diri mendapat rehat yang secukupnya lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal menghadapi perjalanan jarak jauh. Persediaan mental dan fizikal ini penting bagi mengelakkan kejadian terlelap semasa memandu ataupun microsleep. Meskipun pelbagai program kesedaran telah dilakukan, namun faktor ini sering kali menyebabkan nahas jalan raya sama ada melibatkan kenderaan sendiri atau pemandu tak bersalah yang lain.

BACA: Tragedi Kereta Masuk Parit Sawah, Bayi Ajal Lepas Tercampak Dari Pangkuan Ibu

Kena rempuh driver mengantuk…mak ajal & kandungan gugur

Advertisement

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Fariha (Nad) membuka cerita tentang sebuah tragedi hitam yang menimpa keluarganya kira-kira setahun lalu. Katanya, kenderaan mereka telah dirempuh oleh sebuah treler yang dipandu dalam keadaan mengantuk. Akibat daripada impak nahas berkenaan, kandungan 4 bulan yang dibawanya telah gugur manakala ibu tercinta telah pergi buat selamanya.

Malam sebelum kejadian…tak sedap hati tengok emak lain

Advertisement

Menurut Nad, terdapat 5 orang yang berada dalam kereta masa itu. Adik ipar, ibu mentua serta ibunya turut bersama mereka suami isteri menuju ke Cameron Highlands pada tanggal 5 Januari 2019. Malam sebelumnya pula, Nad menyatakan bahawa dia telah didatangi beberapa petanda daripada emaknya sebelum insiden itu berlaku. Dalam perjalanan, kereta tersebut bagaimanapun tidak berfungsi dan mereka telah berhenti di tepi highway.

Advertisement

Nampak treler ke tepi…sekali rempuh kereta & seret jauh

Berdasarkan penceritaan suaminya (Zul) pula, pada awalnya dia menyangkakan ada sebuah treler ingin berhenti di tepi jalan juga. Namun sebaik menyedari bahawa ia bakal merempuh keretanya, Zul sempat menolak ibunya keluar daripada kereta. Mereka berdua kemudiannya terus mendapati ibu Nad yang sedang lemah sebelum menyelamatkan lagi 2 penumpang yang masih berada dalam kereta (Nad & adik ipar). Bagaimanapun, ibunya tak sempat diselamatkan manakala Nad pula ditempatkan ke dalam ICU.

Advertisement

Paru-paru kena tebuk…baby gugur & dikeluarkan normal

Sepanjang tempoh rawatan itu, beberapa organ Nad telah pun mengalami kecederaan tapi mujur tidak terlalu serius. Selepas 20 hari terlantar di pusat perubatan, bayi dalam kandungannya disahkan gugur dan janinnya telah dikeluarkan secara normal. Mengakhiri kisah pahit duka ini, Nad turut meminta bantuan orang ramai agar mendoakan ibunya di alam barzakh serta ada rezeki untuk dia merasai pengalaman hamil sekali lagi.

Advertisement

Advertisement

Betul cakap emak mengandung anak lelaki….tapi dia ikut emak & abah

Sumber: Twitter nadia_fariha

Advertisement

Advertisement