[VIDEO] Muka Berkerut Makan Buah Masam, Reaksi Anak Hanis Zalikha Comel Habis

Menurut kajian apabila bayi sudah mencapai usia setengah tahun, maka bermulalah fasa peralihan untuk merasai makanan pertama mereka. Antara pilihan makanan terbaik yang disarankan adalah seperti sayur dan buah-buahan organik kerana terhindar daripada sebarang risiko pencemaran. Mungkin itulah yang sedang dilalui oleh cahaya mata kedua Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini tatkala usianya sudah mencecah 7 bulan lebih.

BACA: [VIDEO] Dulu Bujibu, Kini Alisa Pula ‘Terkejut Beruk’ Masa Hairul Azreen Nyanyi

Advertisement

Mommy bagi dessert…reaksi Alisa jadi tumpuan

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram kanak-kanak tersebut, Hanis Zalikha telah memberikan buah strawberi kepada Alisa Aisyah sebagai pelengkap rutin makanannya. Disebabkan ini kali pertama dia merasai buah yang kaya dengan vitamin C tersebut, reaksi yang ditampilkan oleh si comel ini nyata jadi perhatian ramai.

Advertisement
View this post on Instagram

Selepas makan nasi, Mommy bagi Alisa dessert 🍓

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Advertisement

Berkerut-kerut makan…tapi masih mampu tersengih

Sepanjang rakaman berdurasi 51 saat tersebut, riak wajah Alisa telah berkerut setiap kali menggigit buah berkenaan gara-gara bertindak balas dengan rasa masamnya. Namun menariknya, dia juga sempat tersengih manja apabila melihat si ibu yang gagal menahan tawa di hadapannya.

Advertisement

Sampai berpusing kepala tu…tapi tetap makan lagi

Advertisement

Selain Hanis, rata-rata pengikut di laman Instagram bayi perempuan ini turut terhibur menyaksikan telatah spontan Alisa sekali gus membanjiri ruangan komen video itu. Di samping berseloroh tentang reaksinya, ada juga yang berpendapat bahawa si cilik ini mungkin sengaja makan buah itu beberapa kali kerana seronok melihat ibunya ketawa sama.

Advertisement

Sumber: IG thealisaaisyah

Advertisement

Advertisement