Utama Tips Dikecam Ambil Foto Buruk Guna Phone, Ini Tips Jurufoto Buat Pengantin &...

Dikecam Ambil Foto Buruk Guna Phone, Ini Tips Jurufoto Buat Pengantin & Tetamu!

Sudah menjadi tanggungjawab seorang jurugambar untuk merakam foto kenangan ketika bertugas di majlis perkahwinan. Dalam pada menggunakan kamera canggih untuk menangkap gambar, photographer pasti menjadi orang suruhan tetamu untuk berbuat demikian dengan telefon pintar masing-masing. Terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, seorang lelaki bernama Faisal Rahim membuat perkongsian menerusi akaun Twitter miliknya.

BACA : [FOTO] Mahu Hari Bahagia Anda Lebih Unik? Cubalah 7 Tema Photoshoot ‘Rare’ Ini!

Bila buruk, viral kutuk ramai-ramai

Menurutnya, isu ini sedang hangat diperkatakan dalam group jurufoto. Hal ini kerana terdapat tetamu menyuruh photographer mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit mereka.

Hire 2 jurufoto, bridesmaid gilir-gilir ambil gambar tetamu

Dalam pada itu, dia turut sempat memberikan beberapa nasihat kepada bakal-bakal pengantin. Dia berpendapat bahawa sekiranya sudah mengetahui ramai rakan yang akan hadir, pengantin perlulah mengupah 2 orang jurufoto. Malah bagi yang mempunyai beberapa orang bridesmaid pula, bergilir-gilirlah untuk mengambil gambar tetamu demi kelancaran majlis.




Kalau 1 group ada 8-10, bagi 1 telefon cukuplah..

Jika satu kumpulan tetamu itu mempunyai sekurang-kurangnya 8 hingga 10 orang, berilah hanya satu telefon bimbit supaya jurufoto tidak kelam-kabut. Disebabkan itulah kebanyakan jurufoto sudah melancarkan polisi untuk tidak mengambil gambar untuk para tetamu.

Teknologi kamera berkembang laju

Malah menurutnya yang pernah menjadi jurufoto, perkara sedemikian sememangnya menjadi cabaran. Hal ini kerana teknologi kamera sudah berkembang maju, namun kebanyakan smartphone lama masih lagi digunakan.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Twitter Faisal Rahim




Artikel Popular