Utama Hiburan “Luluh Jantung Abah”-Abby & Suami Terkejut Bila Doktor Sahkan Paru-Paru Baby..

“Luluh Jantung Abah”-Abby & Suami Terkejut Bila Doktor Sahkan Paru-Paru Baby..

Sejak melahirkan bayi lelaki pramatang, apa saja yang dikongsikan oleh pelakon Abby Abadi dan suaminya iaitu Faizal Zakaria menjadi perhatian ramai. Mana taknya, ramai mahu mengetahui akan perkembangan bayi berusia 6 hari yang dipanggil Baby D dan kebanyakannya adalah positif. Terbaru, Faizal telah berkongsi keadaan terkini anaknya itu menerusi posting di Instagram.

BACA : “Bukan Tak Hormat..” – Ibu Kesal Sikap Menantu, Sufi Dedah Cerita Sebenar!

Rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih

Menurut kapsyen yang ditulis, mereka berasa bimbang sekiranya terlambat menemui Baby D di NICU untuk berbual-bual. Hal ini kerana Abby dan Faizal tidak mahu bayi itu kesunyian. Namun, Faizal bertindak mahu berkongsi keadaan sebenar anak kecil itu kerana tidak dapat untuk memendamnya lagi.

Luluh jantung abah mendengarnya..

Jelas Faizal, doktor dari bilik NICU menghubungi Abby meminta turun ke tempat tersebut untuk membuat ujian. Sebaik mengetahui akan berita sedih daripada doktor, Faizal dan Abby berasa gementar.




Ada berita sampai kat mama, beritahu Baby D kritikaI

Pada malam tadi juga mereka masih menerima pengkhabaran mengenai bayi tersebut sedang kritikaI. Namun, suami isteri ini tidak menerima berita tersebut kerana yakin Allah SWT mendengar doa mereka dan masih mengharapkan keajaiban berlaku.

Teruskan berdoa untuk Baby D..

Menjengah ke IG bekas suami Abby iaitu Norman Hakim pula, aktor tersebut turut membuat posting memaparkan rakannya yang merupakan seorang ustaz berdoa di hadapan Kaabah untuk kesihatan Baby D.

View this post on Instagram

Pls keep on praying for Baby D.. #PrayForBabyD 🤲🏻.Terima kasih sahabatku Ustaz Firdaus @husnahazwani_ utk doa yg diutuskan dari Kota Suci Mekah dihadapan BAITULLAH buat Abah @jaiezzany Mama @abby_abadi112 terutama buat #BabyD (seperti nama penuh didalam video).Mohonlah sama2 ‘Aamiin’kan utk diangkat doa2 utk segala kebaikan Baby D sehingga ke langit teratas Aamiin Ya Rabb . . @Regrann from @jaiezzany – Hari ke 5 ….. Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 dtg jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU utk berbual2 dgn baby. Abah & mama tak mahu baby sunyi…abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan Mama & sentuhan Abah juga kan sayang . Baby D Suka sebenarnya utk Abah kongsikan perkembangan baby pd kawan2 Abah & Mama. Tp Abah serba salah….. Abah tak pasti nk kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua2nya. Dari hari ke hari , rasa mcm tak kuat utk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D 😭Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dpt mendoakan kesihatan Baby ye sayang . Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa…rupanya… ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama 😭 . Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye.. Luluh jantung Abah mendengarnya . Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu ,hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang . Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana . Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar 😭 #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir




A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Sumber : IG Faizal Zakaria , Norman Hakim




Artikel Popular