Utama Artis Bertemakan Ala-Ala Filem James Bond, Kejutan Di Hari Jadi Fazura Curi Perhatian

Bertemakan Ala-Ala Filem James Bond, Kejutan Di Hari Jadi Fazura Curi Perhatian

Nama dua orang selebriti ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Fattah Amin dan Fazura sememangnya sepasang suami isteri yang sentiasa menambat hati peminat dan pengikut dunia seni gara-gara keserasian antara mereka berdua. Jika sebelum ini, aktres itu ada membuat ucapan khas buat si suami sempena hari jadinya pada 14 September yang lalu, kini giliran Fattah Amin pula yang memberi sebuah penghargaan untuk isteri tercinta. 

BACA: Titip Ucapan Sweet Sempena Hari Jadi, Fattah & Fazura Buat Netizen Sebak!

Dalam posting terbaharu, pelakon ‘KL Special Force’ itu telah memuat naik video yang dirakam semasa kejutan hari jadi buat isterinya yang genap 36 tahun pada 27 September yang lalu. Difahamkan, majlis kejutan tersebut telah dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh rakan-rakan.




Kejutan kami malam semalam ‘menjadi’ dengan kawan-kawan. Siap ada orang itu cakap kononnya kawan-kawan tak nak sambut birthday dia sebab masing-masing sibuk. Tiba-tiba kena surprised




Menurut kapsyen, majlis tersebut telah berlangsung mengikut apa yang dirancang. Tambah ‘Hero Malaya’ itu, sebelum ini isterinya ada meluahkan rasa terkilan kerana kawan-kawan tidak muncul menyambut ulangtahun kelahirannya. Disebabkan itu, surprise yang direncanakan pada hari itu nampak tidak disangka-sangka sehinggakan Fazura turut terduduk dan menitiskan air mata. 

Ala-ala filem James Bond

Menariknya lagi, tema kejutan yang dibuat oleh penyanyi lagu ‘Wanita Terakhir’ buat sang isteri kelihatan seperti filem James Bond dengan rona warna black and white. Bahkan, mereka siap memainkan iringan muzik Jazz apabila artis wanita itu memasuki sahaja sebuah ruangan bilik.

 

“Saya jarang diabaikan oleh kawan-kawan”

Ternyata, kejutan sempena hari jadi Fazura itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang tidak keruan dan tumpang gembira. Bahkan, Fazura juga ada memuat naik reaksinya dan menyatakan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. 




View this post on Instagram

So, on my birthday.. I was unusually ignored by my friends. They would usually go out of their way to make those emotional, undeserving sweet wishes. But not this year. I spent my day with my loving husband who took me out for massages, late lunch and even bought me a beautiful new dress I came across. He even got me a slice of cake and said “sorry, but this is your only cake for your birthday this year as I didn’t have time to order one for you”. I didn’t mind it because having him around on my birthday was everything. Little did I know, secretly and I mean.. so discreetly – my husband and my dear friends have planned a surprise intimate celebration for me. According to @nuridasuraya , the first thing @rizman.n did as soon as he landed in Maldives for their honeymoon was to create a group chat with everyone to plan this whole thing. To my husband @fattahaminz , you don’t even need a single organizations to acknowledge your best acting talent because u are truly outstanding at it. Being so patient whilst I took my sweet time getting ready for dinner that to my surprise, you have organized a beautiful cake and roses in a 007 Bond theme (which I have initially planned for my birthday this year but have long forgotten). Thank you baby for showering me with your love always, for being my best listener, supporter and for making me feel so appreciated in every way. Thank you my best friend @rizman.n for organizing the special night with the rest of my beloved besties @aizataidid @xeliciousxass @khemeross @puterizarith @ckayliow @jamil.ruzaini @munzirshkori @sheila_mohamad @hattadolmat_ @alvinchong and @puteri_azureen for cooking all the delicious food from @ana_patinhouse . Thank you to my best assistants @dee.aziz and @c_h_o_t who took part in this secret surprise celebration, for loving me and for everything you do that comes from your sincere hearts. I love you all so much and I can’t thank you enough for what you guys did for me and more. Missing @kfbongmakeup who was out of town. I’d also like to thank my other two besties @nazreemmusa and @iman.m.o.y the rest of my friends for coming later that night! I’m grateful for everything and this girl is very lucky :’) 💖

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Sumber: Instagram Fattah Amin & Hatta Dolmat




Artikel Popular