Utama Artis Titip Ucapan 'Sweet' Sempena Hari Jadi, Fattah & Fazura Buat Netizen Sebak!

Titip Ucapan ‘Sweet’ Sempena Hari Jadi, Fattah & Fazura Buat Netizen Sebak!

Nama dua orang pelakon ini tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Mendirikan rumah tangga sejak lebih kurang dua tahun yang lalu, Fazura dan Fattah Amin sememangnya couple yang sentiasa mencuit hati peminat dan pengikut industri hiburan gara-gara keserasian antara mereka berdua. Terbaharu, Fazura ada berkongsi satu ucapan yang istimewa buat suami sempena hari jadi pelakon itu yang ke-29 tahun. 

BACA: Menghitung Hari Bahagia, Ain Edruce Titip Pantang Larang Buat Bakal Suami

Sebelum ini, pelakon Gol dan Gincu ini telah berkongsi beberapa foto semasa majlis kejutan hari jadi yang dibuat untuk Fattah Amin di Instagram miliknya. Menurutnya di kapsyen, majlis secara kecil-kecilan itu turut dihadiri oleh beberapa orang kenalan dan rakan artis.Susulan selepas itu, Fazura ada memuatnaik satu lagi video khas beserta coretan istimewa buat suaminya. Dalam video tersebut, dia telah menghimpunkan kembali foto-foto lama dia bersama pelakon kacak itu dengan penulisan kapsyen yang sangat romantis. 




View this post on Instagram

Happiest birthday to my husband, my Imam, my confidant and my best friend. Your beautiful, loving and kind soul that shines brighter than all the stars in the sky have captured my heart forever. I pray for you my love that you will always keep that smile on your face that lights up my whole world everyday. May you always have courage in everything that comes your way, stay passionate in everything you do, hopeful in trying times and staying grateful for the big and little things in life. I will always be here for you to hold your hand when you fear that you can’t, because the truth is my love.. you have always been a champ. I look forward to more adventures with you as we share this life together and may we always strive to be partners in Taqwa.. InsyaAllah. I love you. I love you. I love you. 🌹 @fattahaminz

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Selamat Hari Jadi, Suamiku. Sifat penyayang dan baik hati awak yang bersinar lebih cerah daripada bintang di langit itu telah memerangkap hati saya buat selama-lamanya. Saya menantikan lebih banyak pengembaraan hidup bersama dan semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi teman hidup dengan taqwa.




Sudahlah menyediakan bingkisan video yang mempunyai sentimental value, Fazura turut menitipkan kata-kata yang begitu bermakna buat suaminya. Selain ucapan sayang, dia juga berharap dia mampu mengharungi kehidupan bersama suaminya itu dengan lebih baik. 

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya berasa sebak melihat video perjalanan cinta kedua-dua selebriti ini, malah mendoakan jodoh Nur Fazura dan Fattah Amin berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

“Touching.. Semoga impian memiliki zuriat tiba”

Mengalir air mata gembira tengok video ni

Sumber: Instagram missfazura




Artikel Popular