Tips

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis
Rasaflix

Sharing is caring!

Mendapatkan berat badan ideal pastinya menjadi impian semua orang. Dengan tubuh ramping, kita boleh mengenakan sebarang fesyen baju dengan cantik dan tampil dengan tahap keyakinan lebih tinggi. Oleh itu, ramai orang yang nekad membuat transformasi sangat berharap kepada diet untuk mencapai impian berkenaan. Malangnya, ada yang semacam membabi buta dalam amalan diet mereka sehingga tidak sedar mana satukah cara yang bagus atau sebaliknya.

BACA : Minum Bergelen Air Putih Kononnya Boleh Slim, Rupanya Boleh Jadi Punca Sawan

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis
Gambar sekadar hiasan

Hanya ambil buah sahaja…Tolak sumber makanan lain

Kebanyakan orang berpendapat bahawa diet yang bagus akan membuatkan berat badan kita turun secara mendadak. Salah satu jenis diet yang dimaksudkan adalah hanya mengambil buah-buahan sebagai sumber makanan harian sehingga menolak makanan berprotein atau karbohidrat seperti nasi, mee, ikan mahupun daging. Tidak dapat dinafikan amalan diet itu memang berkesan dan sudah digunakan oleh ramai orang. Malangnya, masyarakat tidak tahu akan keburukan yang tersimpan di sebalik diet buah ini.

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis
Gambar sekadar hiasan

Kadar pengambilan gula meningkat…Mengundang masalah diabetes

Rata-rata pengamal diet ini berpendapat kononnya buah lebih mengenyangkan dan penuh dengan pelbagai nutrisi yang membuatkan kita terhindar daripada sebarang masalah kesihatan. Namun menurut portal Wanista, pengambilannya tanpa kawalan akan mengundang masalah diabetes kerana berlaku peningkatan kadar gula. Hanya kerana buah mengandungi gula yang ‘semulajadi’, maka ramai seolah-olah tertipu dan berpendapat ia boleh diambil dengan banyak tanpa kerisauan.

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis
Gambar sekadar hiasan

Buah yang tinggi serat ganggu sistem penghadaman

Buah juga seringkali dikaitkan dengan penyelesaian masalah penghadaman. Sedar atau tidak, pengambilan buah yang tinggi kandungan serat seperti pisang, epal, betik, mangga atau jambu batu sebenarnya menyumbang kepada masalah kembung, cirit-birit, perut kejang serta masuk angin. Menurut portal Hello Sihat, semua itu berpunca daripada kandungan asid dan serat buah yang mampu mempengaruhi sensitiviti perut.

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis
Gambar sekadar hiasan
Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis
Gambar sekadar hiasan

Zat badan tidak seimbang…Mengundang masalah tulang

Selain masalah diabetes dan penghadaman, diet ini boleh juga menyebabkan anda tidak memperolehi zat secukupnya. Semuanya terjadi kerana diet ini mendesak pengamalnya hanya mengambil buah serta air kosong sebagai sumber makanan utama. Sebagai contohnya sekiranya badan mengalami kekurangan sumber protein, kita juga berisiko mendapat masalah tulang atau bahasa saintifiknya ‘osteoporosis’. Buah memang digalakkan pengambilannya, namun semuanya haruslah seimbang dan tidak keterlaluan. 

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Portal Eh, Wanista, Hello Sihat

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Berlumba Amalkan Diet ‘Makan Buah Je’, Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram